Disaat masih terdapat negara yang bebas mempromosikan produk berasaskan nikotin, Singapura nampaknya mengambil langkah kesihatan yang lebih baik dengan mengharamkan pengiklanan minuman bergula.

Menurut Straits Times, langkah ini dibuat selepas Singapura dilaporkan menjadi antara negara dengan pengambilan gula tertinggi di Asia. Setakat ini, negara ini berpihak untuk mengharamkan minuman dengan kandungan gula yang tinggi terlebih dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
soda
Sumber: Newsweek

Selain itu, beberapa minuman bergula lain yang mempunyai kandungan gula yang sederhana bakal turut dilabelkan pada bahagian tin atau bungkusan menandakan minuman tersebut tidak sihat untuk diminum.

Difahamkan cadangan ini bakal dikuat kuasakan seawal tahun hadapan dimana manakala mengimplementasi undang-undang ini bakal mengambil masa setahun sehingga empat tahun.

Penharaman iklan minuman bergula ini secara tidak langsung bakal memberi kesedaran kepada pengguna untuk mengurangkan pengambilan gula seharian sekaligus kesihatan lebih terjaga. Adakah anda bersetuju sekiranya undang-undang yang sama turut dibuat di Malaysia.

Tahukah anda, terdapat sebuah aplikasi yang dibangunkan di Jepun membolehkan anda mengira kadar gula dalam minuman anda. Turut dikongsikan pengesahan JAKIM mengenai gula-gula White Rabbit yang disahkan tidak halal. Klik pautan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Aplikasi Dari Jepun Ini Bakal Bantu Mengira Kadar Gula Dalam Minuman Anda

JAKIM Pula Sahkan Gula-Gula White Rabbit Tidak Halal