Tidak ada pemegang pas kerja yang ditemui tidur di jalanan, ini bertentangan dengan artikel yang disiarkan mengenai pekerja Malaysia yang tiada tempat tinggal di Singapura, lapor The Straits Times.

Kementerian Tenaga Kerja Singapura (MOM) semalam menafikan dakwaan laporan berita yang disiarkan oleh akhbar The New Straits Times (NST) yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia kini merempat di Singapura kerana tidak mampu untuk menyewa bilik mahupun katil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

MOM juga telah berjumpa dengan Shahruddin Hael Helmy Mohd Noh – rakyat Malaysia yang ditemubual oleh NST – bagi mendapatkan maklumat lanjut supaya bantuan boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun, Shahruddin didakwa gagal untuk memberi maklumat terperinci berhubung dakwaan 100 rakyat Malaysia yang merupakan pemegang pas kerja di Singapura, kini merempat.

MOM menyatakan bahawa Shahruddin akui bahawa dia tidak pernah bercakap dengan mana-mana pekerja terbabit dan tidak dapat mengesahkan yang mereka benar-benar merempat.

Tambah MOM, Shahruddin juga mendakwa bahawa beliau juga tidak memberitahu wartawan NST yang ‘lebih 100 rakyat Malaysia di Singapura merempat, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu, NST telah mengeluarkan satu artikel yang bertajuk ‘Homeless Malaysians in Singapore‘ yang disiarkan akhbar The New Straits Times (NST) pada 22 Nov, menerusi temu bual bersama Shahruddin.

Menurut MOM, mereka mempunyai satu Pasukan Petugas antara Agensi, yang menjalankan pemeriksaan rutin dan memeriksa mana-mana individu yang merempat untuk diberi bantuan. Pasukan Petugas itu terdiri daripada pegawai MOM, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan juga pasukan Polis Singapura.

Terdahulu, seorang bayi di Singapura lahir dengan antibodi COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dijangkiti Wabak Semasa Hamil, Ibu Di Singapura Lahirkan Bayi Dengan Antibodi COVID-19

Bukan Menyundal Tetapi Menemani, Wanita Ini Raih Ribuan Ringgit Jadi ‘Sugar Baby’ Di Singapura

Sepantas Seminit, Penyelidik Singapura Hasilkan ‘Test Kit’ COVID-19 Dengan Hembus Nafas Sahaja