Jiran kita, Singapura berada tangga kedua selepas New Zealand sebagai negara paling selamat untuk hidup di dunia semasa situasi wabak, lapor COVID Resilience Ranking daripada Bloomberg.

Senarai ini adalah bertujuan mengukur berapa baik negara-negara di seluruh dunia menangani wabak COVID-19 dan ia dikemas kini setiap bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara faktor yang dilihat oleh Bloomberg adalah kemudahan mengakses vaksin, kekerapan kes COVID-19 yang positif dan jumlah dos vaksin yang diberikan setiap 100 orang.

Dan ini telah menjadikan New Zealand sebagai negara terbaik di dunia dalam pengurusan wabak COVID-19, diikuti dengan Singapura, Australia, Taiwan dan China.

screenshot-2021-01-26-at-15232-pm_s4wb

Rekod ini juga menjadikan Singapura sebagai satu-satunya negara dari rantau Asia Tenggara yang berjaya menembusi senarai lima teratas, manakala Vietnam pula berada di tangga ke-10.

Negara kita Malaysia pula berada di tangga ke-16, di belakang Thailand yang mengekalkan tempatnya di tangga ke-14. Filipina pula berada di kedudukan ke 24, setelah naik 11 anak tangga dan Indonesia jauh ke belakang di kedudukan ke 43.

Pada skala global, New Zealand membuktikan bahawa mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk memerangi COVID-19.

Terbaharu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyatakan bahawa negaranya akan terus menutup sempadan sepanjang tahun ini setelah berjaya mengekang wabak COVID-19.

Rakyat Malaysia di Singapura berkongsi pengalaman disuntik vaksin COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Disuntik Vaksin COVID-19 Di Singapura

Demi Rezeki Untuk Anak Dan Keluarga, Rakyat Malaysia Jadi Gelandangan Di Singapura