Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada hari ini telah mengumumkan Singapura akan tidak lagi mewajibkan orang ramai untuk memakai pelitup muka di kawasan luar bermula 29 Mac ini.

Difahamkan pengumuman ini dibuat seiring dengan membiasakan orang ramai untuk hidup bersama COVID-19. Dalam pada itu, pemakaian pelitup muka masih lagi diwajibkan di kawasan tertutup.

Sebagai rekod, Singapura mencatat 26,000 kes pada Februari lalu berikutan gelombang varian Omicron dan menurun kepada 9,000 kes sehari setakat semalam.

Dilaporkan kebanyakan kes COVID-19 yang dihidap oleh sekadar mempunyai simptom ringan dan terdapat juga yang tidak mempunyai sebarang simptom. Setakat ini, Singapura merekodkan 92% rakyat yang telah mendapatkan vaksinasi lengkap manakala 71% lagi sudah mendapatkan vaksinasi penuh beserta suntikan dos penggalak.

China pada minggu lalu bukan sahaja merekodkan peningkatan kes COVID-19 malah turut diserang dengan wabak selsema burung H5N6.

Selepas COVID-19, China Dilaporkan Kembali Diserang Wabak Selsema Burung H5N6

Sering Bangga Tayang Kehidupan Mewah, Polis Sita Aset Milik ‘Influencer’ Ini Bernilai RM18.7 juta