Peminat K-Pop terutamanya kumpulan BLACKPINK pasti teruja dengan kolaborasi ini, lebih-lebih lagi dengan gandingan penyanyi hit Dua Lipa.

Baru-baru ini Dua Lipa telah mengumumkan kolaborasi lagu terbaharu mereka yang berjudul “Kiss and Make Up” untuk album keluaran semula. Kolaborasi ini merupakan kerjasama kali pertama BLACKPINK bersama bintang antarabangsa. Sebelum single ini, BLACKPINK muncul dengan lagu terbaharu yang terbukti berjaya mencuri hati pendengar menerusi lagu ‘Ddu-Du Ddu-du’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BnSxAM8F7Cf/?hl=en

Kolaborasi penyanyi K-Pop dengan artis antarabangsa bukanlah pertama kali berlaku dalam industri muzik negara tersebut. Terbaharu kumpulan yang menjadi kegilaan ramai anak muda, BTS telah melancarkan lagu terbaharu yang menampilkan Nicki Minaj sebagai penampilan khas dalam lagu “IDOL”.

Peminat BLACKPINK dan Dua Lipa pastinya tidak sabar untuk menanti tarikh 19 Oktober untuk mendengarkan lagu terbaharu tersebut.