Selepas mengumumkan perancangan menggunakan drone untuk menghantar barang, Singpost, syarikat penghantaran Singapura telah memperkenalkan konsep e-commerce yang futuristik iaitu sebuah pusat membeli-belah yang menggabungkan peniaga online dan offline di bawah satu bumbung.

Pusat shopping tersebut akan beroperasi di Singapore Post Centre (SPC) dan dijadualkan siap pada pertengahan 2017. Singpost berkata bangunan itu mempunyai keluasan 25,000 kaki persegi, 5 tingkat dan 8 skrin wayang. Kelainan yang cuba di bawah ialah pengguna boleh mencuba dahulu produk yang ingin dibeli dan membeli secara online untuk penghantaran terus ke rumah.

artist-impression

Singpost percaya, dengan menggabungkan bisnes online dan offline akan memberi kelebihan kepada pelanggan dan peniaga.

A consumer could browse in-store, purchase the product and arrange for delivery of the product directly to their home. The consumer could then continue shopping, watch a movie or have a meal in the mall without having to carry bulky shopping bags. The retailer, on the other hand, could save on storage space in the store as fulfilment would be done at the backend of the warehouse. – Singpost

Singpost mengambil inspirasi daripada Alibaba yang merupakan pelabur Singpost. Firma e-commerce China itu telah membeli 20 percent saham gergasi peruncit Suning, memberikan pelanggan pengalaman mencuba dahulu produk di kedai fizikal dan membeli di Alibaba.

Namun, Singpost telah mengambil keputusan itu ke next level dengan membina sebuah pusat shopping sendiri. Buat masa sekarang hanya firma panggung wayang Golden Village Multiplex dan rangkaian kedai kopi Kopitiam saja yang telah sah menyewa di mall tersebut.

Kami excited untuk melihat idea ini berjalan kelak.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram