Mi segera Maggi sudah cukup sinonim dengan rakyat Malaysia dan pasti anda banyak kenangan bersama Maggi seperti bawa ia ketika bercuti, makan ketika sesak dan juga mungkin nikmati ia ketika hujan sambil ‘binge’ drama kegemaran anda.

Tahukah anda bahawa banyak kedai viral menggunakan mi Maggi dan menghasilkan menu yang pasti membuatkan anda terliur. Untuk pengetahuan anda, melalui travelog SAH Malaysia!, Kembara DuniaKu MAGGI®, yang dihoskan oleh Sheila Rusly, Datin Paduka Eina Azman dan MK K-Clique telah menjejaki 12 buah warung dan kedai makan di seluruh negara untuk memperkenalkan resipi MAGGI® viral mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Para pengusaha makanan ini telah diberikan plak MAGGI® SAH Malaysia! setiap seorang sebagai pengiktirafan untuk hidangan MAGGI® istimewa mereka yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Resipi-resipi viral ini kemudiannya memberi ilham kepada para pengusaha makanan yang lain untuk menghantar resipi kreatif MAGGI® masing-masing untuk cabaran Resipi KreaktifKu secara dalam talian.

Mi MAGGI® meraikan 51 tahun detik bersejarah bersama rakyat Malaysia menerusi kempen MAGGI® SAH Malaysia! Acara tahunan ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan juga Hari Malaysia ke-59 baru-baru ini.

Kempen ini mencapai kemuncaknya di pertandingan akhir dan pesta terbuka bagi meraikan acara terbesar MAGGI® pada tahun ini, bertempat di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) yang juga merupakan sebuah mercu tanda seni bina yang bersejarah.

Kempen MAGGI® SAH Malaysia! turut meraikan kreativiti para pengguna melalui cabaran ResipiKu DuniaKu di mana seramai 12 orang finalis yang terdiri daripada para pengguna akan bertanding untuk merebut tiga Hadiah Utama berupa wang tunai sebanyak RM5,000 di sesi memasak secara langsung pada acara terbabit.

Pada majlis tersebut, plak penghargaan turut disampaikan kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) sebagai pengiktirafan sumbangan dan usaha kedua-dua persatuan ini dalam mengawal selia dan menggiatkan semula perniagaan pengusaha makanan di Malaysia.

Penghargaan ini juga turut diberikan untuk mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh ahli mereka yang terdiri daripada lebih 4,500 dan 1,500 vendor masing-masing di PRESMA dan PRIMAS terhadap MAGGI®.