Walaupun sudah hampir sebulan Infinity War berlalu, tetapi ramai yang masih bercerita tentang kehebatan filem ini sambil menantikan filem Avengers yang akan datang. Dalam satu Tweet oleh MCU News & Tweet, mereka telah berkongsi teaser sinopsis untuk filem Avengers 4.

Walaupun ianya hanya satu perenggan pendek, tetapi peminat sudah boleh jangka apa yang akan terjadi kepada sebahagian watak Avengers selepas ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“A culmination of 22 interconnected films the fourth installment of the Avengers saga will draw audiences to witness the turning point of this epic journey. Our beloved heroes will truly understand how fragile this reality is and the sacrifices that must be made to uphold it.”

Berdasarkan perdebatan peminat Marvel melalui Tweet ini, 6 ahli Avengers yang terawal akan berkorban untuk mengembalikan keseimbangan dunia. Antara watak lama yang mungkin ‘pergi’ adalah Iron Man, Captain America dan Thor.

Ada juga yang membuat teori dalam Avengers 4 nanti, satu organisasi baharu akan terbentuk yang dikenali sebagai Illuminati. Illuminati ini adalah satu organisasi rahsia yang mengumpulkan superhero terkuat dalam dunia Marvel. Founding member kepada kumpulan Illuminati ini adalah Doctor Strange, Iron Man, Professor X (X-Men), Black Bolt (Inhumans), Namor, dan Mister Fantastic (Fantastic 4).

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige pernah mengeluarkan kenyataan Illuminati ‘mungkin’ akan diperkenalkan dalam MCU. Dan rasanya ini bukan lagi hint dan akan berlaku.

Iluminati
“Illuminati”

Dengan pengambilalihan 20th Century Fox, untuk menampilkan Professor X dan Mister Fantasic (Fantastic 4) adalah tidak mustahil. Wakak yang belum muncul seperti Black Bolt dan namor boleh diganti kepada watak lain yang hebat seperti Bruce Banner (Hulk), Wong atau Black Panther.

Sudahlah masih belum move on daripada Infinity War. Muncul pula teori peminat tentang Avengers 4 ini. Setakat ini semua ini hanyalah teori. Avengers 4 akan berada di pawagam pada 3 May 2019 dan sementara itu, bersabarlah. Melalui Tweet di atas, apa pula teori anda?