Satu gambar tertiris dari set penggambaran siri Disney+, Falcon And The Winter Soldier telah mendedahkan salah satu lokasi yang bakal muncul dalam siri tersebut, pulau Madripoor.

Madripoor adalah sebuah lokasi fiksyen (seperti Wakanda) yang terletak di selat Melaka di antara Singapura dan Sumatera. Pulau Madripoor ini pertama kalinya muncul dalam siri komik The New Mutants pada tahun 1985 dan muncul semula di beberapa isu X-Men yang lain termasuk siri komik solo Wolverine.

https://twitter.com/GemBiscuits/status/1211132371312840704

marvel-singapore-madripoor
Kredit gambar: Mothership.sg

Dalam beberapa isu X-Men, pulau Madripoor ini turut dijadikan kubu Hydra. Masih terlalu awal untuk menjangka apa kepentingan pulau ini dalam siri TV Falcon And THe Winter Soldier tetapi ia sudah cukup buat peminat setia Marvel teruja. Pertama, semestinya ia sedikit sebanyak memberi ‘hint’ bahawa dunia X-Men kini sudah wujud dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Kedua, adakah akan ada watak X-Men muncul dalam siri ini nanti? Juga masih terlalu awal untuk membuat andaian kerana presiden Marvel, kevin Feige menegaskan watak X-Men tidak akan muncul dalam masa terdekat. Mengenali Marvel, mereka suka sahaja buat kejutan kepada peminat.

Falcon And The Winter Soldier akan ditayangkan di Disney+ lewat tahun ini.Sementara itu, Marvel juga merancang untuk memperkenalkan watak transgender pertama mereka. Siapa agaknya insan tersebut?

Watak Superhero Transgender Pertama Bakal Diwujudkan Oleh Marvel

Ryan Reynolds Sahkan Deadpool 3 Sedang Dalam Perbincangan Di Marvel

Sumber