Akhirnya saat yang dinanti-nantikan telah tiba, siri popular Netflix Umbrella Academy musim kedua akan ditayangkan tidak lama lagi. Pastinya ramai sudah tidak sabar dengan berita ini.

Menerusi perkongsian Netflix, siri Umbrella Academy musim kedua ini akan ditayangkan di Netflix pada 31 Julai 2020. Siapa yang sudah teruja untuk melihat siri ini?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini dikhabarkan bahawa semua pelakon utama akan hadir dalam siri ke-2 dengan kemunculan beberapa watak baharu. Melihat poster yang dikongsikan, kita dapat lihat seperti diberikan sedikit ‘hint’ pada pantulan cermin mata mereka untuk siri terbaharu ini.

Tidak seperti cerita superhero yang biasa, Umbrella Academy tampil dengan keunikan apabila anggota Umbrella Academy tidak sehaluan dalam menjaga keamanan dunia ketika sudah dewasa.

Agak-agak anda bagaimana jalan cerita siri ke-2 nanti? Pasti akan lebih mencabar dan menarik. Sama-sama kita nantikan drama siri ini ditayangkan di Netflix.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa rancangan Netflix untuk anda tonton pada pautan di bawah ini. 

Ulasan The Platform, Filem ‘Mind Blown’ Netflix Yang Trending Nombor Satu Di Malaysia

Drama Bersiri Netflix The Spy Gunakan Duit Syiling Lama Malaysia Curi Perhatian Netizen

Tiada Musim Kedua, Siri Netflix Messiah Yang Penuh Kontroversi Sah Dibatalkan