Banyak rancangan TV realiti yang menyebabkan peserta dikenakan hukuman yang kejam dan luar biasa sehingga menimbulkan schadenfreude (rasa seronok melihat orang lain terseksa).

Apa yang penerbit rancang dan buat terhadap seorang lelaki bernama Nasubi dalam rancangan realiti di Jepun Susunu! Denpa Shonen adalah sesuatu yang tidak mungkin diterbitkan lagi oleh mana-mana penyiar pada masa ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Siri ini ditayangkan kepada umum dari tahun 1998 sehingga 2002 dan telah dinobatkan sebagai siri TV paling ‘gila’ pernah dihasilkan di Jepun.

Susunu! Denpa Shonen mengikuti cabaran kehidupan Nasubi, yang dipaksa tinggal bersendirian di sebuah bilik tanpa seurat benang. Bilik tersebut juga sangat terpencil dari dunia luar dengan hanya timbunan majalah menemani beliau.

Apa yang Nasubi perlu buat? Untuk beliau keluar dari bilik tersebut, beliau perlu memenangi pertandingan atau kuiz yang ada dalam setiap majalah yang diberikan kepadanya. untuk beliau keluar daripada bilik tersebut, beliau perlu mengumpul hadiah dengan nilai 1 juta Yen (~RM31,000)!

Ia merupakan satu nilai yang sangat besar kerana seperti yang kita tahu, hadiah kemenangan yang ditawarkan untuk kuiz atau pertandingan dalam akhbar atau majalah tidaklah tinggi mana. Jadi, Nasubi perlu cuba menang beberapa siri kuiz atau pertandingan supaya beliau dapat keluar dari bilik tersebut.

Bermulanya kehidupan Nasubi yang sadis

Kisah Nasubi bermula apabila beliau terpilih sebagai ‘pemenang’ dalam satu siri pemilihan dan terus dipaksa untuk menyertai siri ini tanpa beliau mengetahui apa yang akan berlaku.

Pada mulanya, Nasubi diberitahu rancangan tersebut tidak disiarkan di TV, namun penerbit menipu Nasubi malah meyakinkan Nasubi untuk menganggap dia merakam sendiri pengalaman sehariannya untuk disimpan, padahal sebenarnya disiarkan untuk tatapan dan ejekan semua.

Pertamanya, beliau perlu melucutkan pakaiannya termasuk semua alat komunikasi. Nama sebenar Nasubi ialah Tomoaki Hamatsu, namun pengarah memberikan nama komersil Nasubi yang bermaksud ‘terung’ kepadanya. Mengapa terung? Kerana ketika siri ini ditayangkan di TV, penerbit menutup kemaluannya dengan gambar terung kartun sahaja. Malah penonton juga mengejek muka Nasubi yang kelihatan seperti terung.

Setiap episod mempunyai permainan atau hukuman yang berbeza yang perlu Nasubi selesaikan tetapi tetap sangat sukar, seperti satu filem survival yang sangat teruk. Beliau juga tidak ditinggalkan dengan makanan yang sedikit dan jika Nasubi mahu makan contohnya nasi, beliau perlu ‘meminta’ kepada penonton atau memenanginya menerusi pertandingan di majalah.

Beliau juga terpaksa bergantung hidup kepada bekalan makanan anjing yang banyak disediakan oleh pihak penerbit. Nasubi menghabiskan hidupnya selama 15 bulan dan diejek dengan pelbagai cara. Entah bagaimana rancangan ini berjaya memikat peminat di seluruh negara.

Dipindahkan ke lokasi baru selepas menang

Nasubi mencapai matlamatnya untuk mengumpul nilai hadiah 1 juta Yen dalam masa 335 hari. Setelah memenanginya, secara tiba-tiba matanya ditutup dan dipindahkan ke lokasi baharu iaitu di Korea Selatan. Kali ini, tugasan beliau adalah untuk mengumpul nilai yang cukup untuk beliau membeli tiket penerbangan kembali ke Jepun.

Walau bagaimanapun, Nasubi kelihatan hampir ‘gila’ dapat menyempurnakan misinya dengan lebih pantas kerana sudah berpengalaman. Namun, pihak penerbit merasa tidak suka dengan kepantasan Nasubi menyelesaikan tugasannya. Jadi, setiap kali Nasubi sudah hampir untuk membeli tiket, tiket kelas penerbangan beliau ditingkatkan; mula-mula ekonomi, dinaikkan ke bisnes dan akhir sekali first class.

Hari kebebasan Nasubi

Walaupun hidupnya disukarkan oleh penerbit, Nasubi berjaya juga mengumpul cukup nilai hadiah untuk beliau kembali ke Jepun. Ketika ini, beliau diberitahu akan perlu berpindah ke lokasi baharu.

Lokasi tersebut yang dirasakan ‘rumah baharu’ beliau adalah sebuah rumah yang dibina khas di sebuah studio. Saat kebebasan Nasubi adalah apabila rumah tersebut ‘runtuh’ dan beliau dipertontonkan kepada penonton dan beliau menerima tepukan gemuruh daripada peminat setianya.

Beliau ternyata blur dengan apa yang terjadi dan diumumkan sebagai pemenang siri itu oleh pihak produksi dalam keadaan bogel di hadapan penonton.

Rancangan televisyen Susunu! Denpa Shonen ini berjaya memecah rekod apabila menjadi antara siri paling ‘hit’ ditonton dalam sejarah Jepun dengan 17 juta penonton setiap malam Ahad termasuk di Amerika Syarikat. Jumlah tontonan ini adalah lebih tinggi daripada jumlah purata rancangan siri terkemuka HBO, Game of Thrones.

Siri tersebut bagaimanapun tidak diteruskan dan mana-mana siri TV berkonsep Susunu! Denpa Shonen telah diharamkan kerana dianggap menyeksa dan mendera emosi peserta.

Sementara itu, Nasubi meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon selepas menang dan kini banyak bekerja menyelesaikan kes kemanusiaan. Sekiranya anda berada di tempat Tomoaki, dapatkah anda bertahan walau untuk sebulan?