realme Malaysia baru sahaja memperkenalkan siri realme 10 Pro untuk pasaran tempatan. Seperti tradisi siri realme sebelum ini, peranti ini sedia menampilkan pelbagai ciri premium dalam masa yang sama kekal pada harga berpatutan.

Pasti ramai yang mahu mengetahui lebih lanjut berkenaan siri realme 10 Pro kali ini. Mari kita melihat dengan lebih terperinci kedua-dua peranti yang diperkenalkan iaitu realme 10 Pro 5G dan realme 10 Pro+ 5G.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

realme 10 Pro

Sumber Gambar: realme Malaysia

realme 10 Pro hadir dengan skrin sebesar 6.72-inci AMOLED FHD+ dengan sokongan refresh rate 120Hz. Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 695 berserta gabungan memori 8GB RAM + 8GB RAM maya dan juga storan dalaman 256GB.

Sistem dwi-kamera dipasang di belakang Realme 10 Pro merupakan gandingan kamera utama 108MP ProLight F1.75 dan kamera potret 2mp F2.4. Kamera swafoto 16MP pula tersedia pada skrin hadapan.

Bateri berkapasiti 5,000mAh ini pula boleh menyokong pengecasan pantas 33W SuperVOOC melalui sambungan USB-C. Pembesar suara stereo turut tersedia pada telefon ini dan ia masih mengekalkan jek audi0o 3.5mm untuk kegunaan fon kepala berwayar. Malah, peranti ini juga menyokong slot mikroSD untuk storan tambahan.

realme 10 Pro+ 5G

Sumber Gambar: realme Malaysia

Realme 10 Pro+ 5G dilengkapi skrin AMOLED 6.7-inci FHD+ yang melengkung dengan sokongan refresh rate 120Hz. Kemudiannya, peranti ini dipadankan cip MediaTek Dimensity 920, memori sehingga 12GB RAM + 12 GB RAM maya, storan dalaman mencapai 256GB.

Untuk pengalaman fotografi yang mantap, sistem kamera lengkap dengan lensa utama 108MP + lensa ultra lebar 8MP + lensa makro 2MP dan juga kamera swafoto 16MP. Menariknya, terdapat pelbagai sokongan teknologi AI kamera seperti Image Fusion, Quickshot dan Super Nightscape untuk hasil gambar yang lebih menarik.

Sumber Gambar: realme Malaysia

Kapasiti bateri yang ditawarkan sebesar 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W. Dari segi keselamatan, peranti ini mempunyai pengimbas cap jari di bawah skrin. Ciri lain yang tersedia termasuklah sistem dwi pembesar suara dengan Hi-res dan juga NFC.

Bagi yang berminat, realme 10 Pro dengan spesifikasi 8GB/128GB dijual di Malaysia pada RM1299. Sementara itu, Realme 10 Pro+ pula boleh didapati bermula RM1599 dengan spesifikasi 8GB/128GB dan spesifikasi tertinggi 12GB/256GB pada harga RM1,799.

Sumber