Sejak mula memasuki pasaran Malaysia, dapat dilihat jenama realme sangat agresif dalam melancarkan produk terbaru mereka. Pada minggu ini, jenama ini telah melancarkan siri telefon pintar terbaru mereka iaitu realme 7 dan realme 7 Pro.

Dari segi spesifikasi, realme 7 hadir dengan skrin 6.5-inci IPS LCD dengan refresh rate 90Hz. Processor yang digunakan realme 7 adalah Helio G95 dan dibantu oleh 8GB RAM beserta storan sehingga 128GB. Model ini turut ditawarkan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 5000mAh dengan pengecasan pantas 30W.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

realme 7 Pro selaku model dengan spesifikasi yang lebih tinggi hadir dengan skrin 6.4-inci Super AMOLED FHD+. realme 7 Pro menggunakan processor Snapdragon 720G, 8GB RAM dan hadir ruang storan 128GB.

Model ini hadir dengan kapasiti yang sedikit rendah berbanding realme 7 iaitu 4500mAh namun ditawarkan dengan pengecasan pantas 65W. Kedua-dua model ini hadir dengan kamera utama 64-megapixel pada bahagian belakang.

Visual – realme 7

Visual – realme 7 Pro (2)

Visual – realme 7 Pro

Dari segi harga, realme 7 mula ditawarkan pada harga RM1,299 manakala realme 7 Pro pula hadir dengan harga RM1,499. Para pelanggan yang membuat pra-tempahan berpeluang menerima hadiah percuma daripada realme Malaysia.

Sebelum ini realme pernah melancarkan model mampu milik iaitu C12 yang hadir dengan kapasiti bateri sehingga 6,000mAh. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

realme C12 Dengan Tri-Kamera Dan Bateri 6,000mAh Dilancarkan Pada Harga RM529

realme Tersenarai Dalam Tiga Jenama Telefon Pintar Pilihan Pengguna Di Malaysia