Siri Redmi Note 12 baharu kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia baru-baru ini. Siri kali ini merangkumi dua model iaitu Redmi Note 12S, Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 Pro 5G.

Ketiga-tiga model ini menawarkan sebuah peranti yang serba canggih pada harga rahmah.  Boleh teruskan bacaan untuk ketahui spesifikasi dengan lebih terperinci.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Redmi Note 12S

Sumber Gambar: Xiaomi

Redmi Note 12S adalah sebuah telefon dengan panel paparan AMOLED sebesar 6.43” dengan sokongan refresh rate 90Hz serta kecerahan maksimum 1,000 nits. Kaca pula dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3.

Redmi Note 12S dijana dengan cip Mediatek Helio G96 serta RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Peranti ini mempunyaibateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 33W.

Sumber Gambar: Xiaomi

Di bahagian kamera, anda boleh menemui kamera utama 108MP, kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP. Selfie boleh diambil dengan kamera hadapan 16MP.

Redmi Note 12 5G

Redmi note 12
Sumber Gambar: Xiaomi

Redmi Note 12 5G inj dilengkapi skrin AMOLED sebesar 6.67-inci FHD dengan sokongan refresh rate 120Hz. Kemudian, dipadankan pula dengan cip pemprosesan Snapdragon 4 Gen 1, memori 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS2.2.

Peranti juga mempunyai kamera utama 48MP + 8MP ultra-lebar+ 2MP makro dan kamera swafoto 13MP. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan 33W.

Redmi note 12
Sumber Gambar: Xiaomi

Menariknya, model ini mempunyai tetapan dwi-sim menyokong 5G yang menjadikan ia lebih fleksibel dalam menawarkan rangkaian yang baik. Ciri lain yang dibawakan termasuklah penarafan perlindungan air IP53, pengimbas cap jari, IR Blaster dan bicu audio 3.5mm.

Redmi Note 12 Pro 5G

Sumber Gambar: Xiaomi

Redmi Note 12 Pro 5G dilengkapi skrin AMOLED sebesar 6.67-inci FHD+ dengan refresh rate 120Hz. Skrin ini turut menyokong Dolby Vision, di samping dilapisi Corning Gorilla Glass 5 sebagai pelindungan tambahan.

Menariknya, rekaan bezel tampil lebih nipis sekaligus boleh memaparkan kandungan dengan lebih baik..Peranti ini dipadankan pula dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1080, memori 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS2.2.

Sumber Gambar: Xiaomi

Peranti juga mempunyai kamera utama 50MP OIS (IMX766) + 8MP ultra-lebar + 2MP makro dan kamera swafoto 16MP. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 67W.

Harga

Harga jualan peranti bermula RM999 untuk model Redmi Note 12S dengan varian 8/256GB lalu diikuti
RM1,099 untuk Redmi Note 12 dengan varian 5G 8GB/256GB. Seterusnya Redmi Note 12 Pro 5G dengan varian 8GB/256GB pula boleh dibeli pada RM1,299.

Anda boleh dapatkan bermula 12 Mei 2023 menerusi pengedar sah Redmi di seluruh Malaysia dengan Redmi Buds 4 Lite diberi percuma.

Sumber