ASUS Republic of Gamers (ROG) kini mengumumkan kehadiran siri ROG Phone 7 yang serba baharu untuk tahun 2023 ini. Kedua- dua model yang diperkenalkan adalah ROG Phone 7 dan ROG Phone 7 Ultimate.

Siri ROG Phone 7 ini bakal menjanjikan pengalaman permainan tiada tolok bandingannya kerana dilengkapi cip pemprosesan tercanggih dan juga sistem penyejukkan yang mantap. Anda boleh baca lanjut berkenaan spesifikasi lengkap bagi siri ROG Phone 7 ini di bawah.

Baca Juga:

Spesifikasi siri ROG Phone 7

Sumber Gambar: ASUS MALAYSIA

Kedua-dua peranti siri ROG Phone 7 secara dasarnya berkongsi spesifikasi yang sama sahaja. Ini termasuklah dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 bersama RAM LDRR5X hingga 16GB dan storan UFS 4.0 hingga 512GB.

Peranti ini hadir dengan skrin Samsung AMOLED berukuran 6.78-inci menggunakan perlindungan Corning Gorilla Glass Victus dan juga menyokong refresh rate hingga 165Hz.

Sumber Gambar: ASUS

Selain itu, peranti siri ROG Phone 7 dibekalkan bateri sebesar 6,000 mAh dengan pengecasan pantas 65W. Bukan itu sahaja, ia menawarkan sistem termal GameCool 7 yang baru dan maju. Dengan ini, anda boleh bermain games dalam tempoh yang panjang pada prestasi terbaik.

Sumber Gambar: ASUS Malaysia

ASUS ROG juga mendakwa siri telefon pintar baharu ini menawarkan kecekapan penggunaan kuasa gang tinggi. Hal ini demikian kerana ia mempunyai rekaan vapor chamber yang lebih baru dan efektif dalam pelepasan haba.

Dari segi kamera, siri ROG Phone 7 menggunakan sensor utama Sony IMX766 50MP, kamera ultralebar 13MP dan kamera makro 8MP. Untuk kamera swafoto pula, ASUS dilihat telah menaik taraf kepada 32MP untuk hasil gambar yang baik.

Sumber Gambar: Digital Trends

AirTrigger pada ROG Phone 7 terbaru ini hadir dengan fungsi-fungsi tambahan, iaitu Press & Lift yang membolehkan pengguna mengakses ciri baru apabila menekan butang-butang bahu AirTrigger ini dan menggunakan pergerakan-pergerakan tertentu.

ASUS ROG Phone 7 Ultimate Edition dilihat hadir dengan rekaan yang hampir sama dengan ROG Phone 7 asas tetapi hadir dengan tetingkap kipas yang diperlihatkan pada peranti ASUS ROG Phone 6D sebelum ini.

Sumber Gambar: ASUS

Antara ciri menarik lain yang tersedia adalah seperti sokongan NFC, penarafan kalis air IP54, ketersambungan WiFi 7, sistem pembesar suara yang lebih maju dan menyokong subwoofer menerusi pemasangan Aeroactive Cooler 7. Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu hitam dan putih.

Setakat ini, tiada lagi perkongsian berkenaan harga penawaran bagi siri ROG Phone 7 buat pasaran tempatan. Bagaimanapun, ASUS Malaysia menjangkakan bahawa peranti ini akan tiba di Malaysia menjelang bulan Mei ini.