Hampir setahun hadir dengan pelbagai ura-ura, akhirnya Samsung secara rasminya telah melancarkan siri flagship terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Note 20. Melalui siri yang dilancarkan pada kali ini, Samsung telah menampilkan dua model iaitu Samsung Galaxy Note 20 dan Galaxy Note 20 Ultra.

Seperti juga siri Samsung Galaxy S20, siri Galaxy Note 20 ini telah menggantikan siri Galaxy Note 10 dimana perubahan nombor ini adalah kerana Samsung mahu mengikut tahun pelancaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi siri terbaru ini, Samsung masih lagi mengekalkan DNA Samsung Galaxy Note dengan menawarkan skrin yang besar, spesifikasi terhebat serta stylus serba guna.

Samsung Galaxy Note 20
Screen Shot 2020-08-05 at 10.48.25 PM
Sumber: CNET

Sebanyak dua model yang dilancarkan pada tahun ini iaitu Samsung Galaxy Note 20 dan Galaxy Note 20 Ultra. Model Galaxy Note 20 Ultra hadir dengan saiz skrin yang lebih besar.

Samsung Galaxy Note 20 dilengkapi dengan skrin 6.7-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X. Paparan dengan refresh rate 120Hz antara yang ditawarkan buat kedua-dua model.

Kedua-dua model ini turut berkongsi processor yang sama iaitu Exynos 990. Model ini hadir dengan RAM 8GB beserta ruang storan 256GB. Kapasiti bateri bersaiz 4,300 dengan sokongan pengecasan pantas serta tanpa wayar antara yang ditawarkan.

Dari segi kamera, Samsung Galaxy Note 20 dilengkapi dengan tiga kamera belang terdiri daripada lensa utama 64-megapixel dan dua lagi lensa dengan sensor 12-megapixel manakala kamera hadapan kedua-dua model hadir dengan sensor 10-megapixel.

Samsung Galaxy Note 20 Ultra
Note 20 Camera
Sumber: MKBHD

Model yang dinantikan ramai sejak sebelum dilancarkan akhirnya telah tiba. Model ini dilihat sebagai taruhan terbaik Samsung dalam menampilkan telefon pintar Android terbaik di pasaran ketika ini.

Samsung Galaxy Note 20 Ultra hadir dengan skrin 6.9-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X seperti model Galaxy Note 20. Paparan dengan refresh rate 120Hz antara yang ditawarkan. Dari segi spesifikasi, model ini dilengkapi dengan RAM 12GB beserta ruang ruang storan 256GB.

Selain saiz skrin dan RAM, kedua-dua model ini turut mempunyai perbezaan dari segi kamera dimana Samsung Galaxy Note 20 Ultra menawarkan sensor yang lebih besar iaitu 108-megapixel buat kamera utama. Dua lagi kamera belakang adalah sama seperti Note 20 iaitu 12-megapixel bagi sudut ultra lebar dan zum.

Sesuai dengan saiznya yang besar, model ini disertakan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh beserta sokongan pengecasan pantas dan pengecasan tanpa wayar. Galaxy Note 20 Ultra hadir dengan beberapa warna menarik iaitu Mystic Bronze, Mystic Black dan Mystic White.

Galaxy-Note20-Ultra_Group-2
Sumber: tech crunch

Menariknya mengenai S Pen yang tersedia pada siri Samsung Galaxy Note 20, S Pen terbaharu ini membolehkan pengguna mengintegrasikan pada Microsoft Office dan Microsoft PowerPoint.

Harga
Screen Shot 2020-08-05 at 10.51.26 PM
Sumber: CNET

Samsung Galaxy Note 20 sedia ditawarkan dengan harga RM3,899 manakala model dengan rangkaian 5G hadir dengan harga RM4,299. Samsung Note 20 Ultra hadir dengan harga RM5,199.

Sebuah tanda yang agak tinggi bagi sebuah telefon pintar Android namun melihatkan model ini sebagai antara model Android terbaik di pasaran ketika ini, mendapatkan model ini dilihat sebagai pilihan yang berbaloi buat para peminat siri Samsung Galaxy Note dan S Pen.

Pada bulan lalu, Apple dilaporkan terpaksa membayar penalti kepada Samsung sebanyak RM4.14 bilion kerana gagal penuhi janji.

Gagal Penuhi Janji, Apple Terpaksa Membayar Penalti RM4.14 Bilion Kepada Samsung

Amerika Syarikat Pilih Samsung S20 Tactical Edition Untuk Kegunaan Tentera Elit