Hampir setahun hadir dengan pelbagai ura-ura, akhirnya Samsung secara rasminya telah melancarkan siri flagship terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S20. Melalui siri yang dilancarkan pada kali ini, Samsung telah menampilkan tiga model iaitu Samsung Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra.

Pelancaran siri Galaxy pada kali ini berjaya membuatkan orang ramai khususnya peminat Android teruja dengan perubahan besar yang ditampilkan baik dari segi rekaan mahupun spesifikasi yang disertakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Samsung Galaxy S20

AndroidPIT-samsung-galaxy-s20-ultra–2-w782
Sumber: AndroidPit
AndroidPIT-samsung-galaxy-s20-ultra–3-w782
Sumber: AndroidPit

Samsung Galaxy S20 hadir sebagai model dengan harga terendah daripada siri ini. Walau bagaimanapun, model ini masih tampil premium berdasarkan rekaan dan spesifikasi yang ditawarkan.

Model ini hadir dengan skrin 6.2-inci Quad HD+ beserta refresh rate 120Hz. Untuk pengetahuan, kebanyakan telefon pintar di pasaran ketika ini hadir dengan refresh rate sekitar 60Hz sahaja.

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy S20 di Malaysia bakal dikuasakan oleh processor Exynos 990. RAM 8GB dan ruang storan 128GB antara yang ditawarkan beserta pilihan untuk menambah ruang storan melalui kad microSD sehingga 1TB.

Dari segi bateri, Samsung Galaxy S20 hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh beserta pengecasan pantas yang dikemas kini. Pengguna juga berpeluang mengecas Samsung Galaxy S20 menggunakan pengecasan tanpa wayar.

Pada bahagian belakang, model ini dilengkapi dengan tiga kamera menampilkan lensa ultra-lebar 12-megapixel, lensa lebar 12-megapixel dan lensa telephoto dengan sensor sebesar 64-megapixel. Samsung Galaxy S20 turut disertakan dengan kamera hadapan untuk swafoto dengan sensor 10-megapixel.

Samsung Galaxy S20+

Screen Shot 2020-02-12 at 10.42.41 AM
Sumber: Pocket-lint

Model kedua daripada siri ini adalag Galaxy S20+. Model ini hadir dengan saiz skrin yang lebih besar daripada Galaxy S20+ dengan penawaran paparan 6.7-inci Dynamic AMOLED 2X beserta refresh rate 120Hz.

Samsung Galaxy S20+ turut berkongsi processor, RAM dan ruang storan yang sama dengan Galaxy S20 walau bagaimanapun model ini disertakan dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4,500mAh.

Samsung-Galaxy-S20-AM-AH-6-1420×947
Sumber: Android Headline

Selain saiz skrin, apa yang membezakan Galaxy S20+ berbanding Galaxy S20 adalah penawaran kameranya. Samsung Galaxy S20+ disertakan dengan empat kamera belakang dimana tiga daripadanya tersedia pada Galaxy S20 manakala sebuah lagi adalah kamera Samsung DepthVision.

Samsung mengatakan kamera ini bakal membantu pengguna mendapatkan gambar yang lebih baik melalui penawaran bokeh yang lebih realistik dan mantap.

Samsung Galaxy S20 Ultra

Model yang dinantikan ramai sejak sebelum dilancarkan akhirnya telah tiba. Model ini dilihat sebagai taruhan terbaik Samsung dalam menampilkan telefon pintar Android terbaik di pasaran ketika ini.

Samsung Galaxy S20 Ultra hadir dengan skrin 6.9-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X seperti dua lagi model siri Galaxy S20. Dari segi spesifikasi, model ini dilengkapi dengan RAM 12GB beserta ruang ruang storan 128GB. Apa yang membuatkan model ini unik adalah sokongan rangkaian 5G.

Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan sebuah lagi lensa tambahan iaitu lensa periskop 48-megapixel yang membolehkan pengguna zum imej sehingga 100 kali. Kamera hadapan yang ditampilkan juga sedia berbeza dengan penyertaan kamera 40-megapixel.

Sesuai dengan saiznya yang besar, model ini disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh beserta sokongan pengecasan pantas dan pengecasan tanpa wayar.

Harga

Galaxy-S20-S20-Plus-S20-Ultra-1

Samsung Galaxy S20 hadir dengan harga terendah iaitu RM3,599 diikuti dengan Galaxy S20+ iaitu RM3,999. Sesuai dengan spesifikasi future proof setidaknya untuk tiga tahun ini, Samsung Galaxy S20 Ultra hadir dengan harga yang premium iaitu RM4,999.

Sebuah tanda yang agak tinggi bagi sebuah telefon pintar Android namun melihatkan model ini sebagai model Android terbaik di pasaran ketika ini, mendapatkan model ini dilihat sebagai pilihan yang berbaloi buat para peminat.

Nampaknya Samsung baru sahaja menampilkan model siri flagship mereka. Sama-sama kita nantikan model keluaran pesaing terdekat mereka iaitu Huawei dan Apple pada tahun ini.

Huawei P40 Mungkin Dijual Dengan Harga Yang Lebih Rendah Berbanding P30

Apple iPhone 12 Mungkin Hadir Dengan Warna ‘Navy Blue’