Pernahkah anda menonton siri TV Shark Tank? Sebuah siri TV dimana para peserta berpeluang untuk pitch idea mereka sebelum menerima wang pelaburan. Kini konsep yang sama digunakan pada siri TV Planet Of The Apps dimana rancangan ini memfokuskan peserta untuk pitch idea aplikasi yang dihasilkan mereka. Tech geek pasti suka.

Menggabungkan 4 selebriti Jessica Alba, Gwyneth Paltrow, Gary Vaynerchuk, and will.i.am yang bertindak sebagai juri dan mentor, kami yakin rancangan ini bakal menjadi rancak dengan penuh gelak tawa dan serious pada masa yang sama.

Para peserta harus melalui fasa saringan pertama dimana para selebriti bakal memilih mentee mereka sebelum ke pusingan seterusnya menemui venture capitalists buat pasukan yang mempunyai visi dan idea terbaik. Sesuai buat mereka yang berminat dalam industri business tech.

Rancangan ini turut disinari dengan penuh hype beberapa bulan sebelum dilancarkan atas sebab pemilihan jurinya yang epik. Dalam pada itu, Planet Of The Apps cuma ditawarkan khusus buat pelanggan Apple Music setakat ini.

Buat anda ingin tahu bagaimana rancangan ini berlangsung, anda boleh tonton episod pertama Planet Of The Apps yang ditayangkan secara percuma di sini.