Setelah kejayaan siri TV Flash dan Daredevil, sebuah lagi franchise Marvel akan menemui peminat dalam masa akan datang dalam bentuk siri TV. Ya, mutan kegemaran anda, X-Men akan kembali ke kaca TV anda!

Bagi kanak-kanak tahun 90an, pasti ingat lagi siri X-Men dalam versi kartun kan? Siri kartun X-Men adalah antara siri kartun terbaik yang pernah dihasilkan oleh Marvel, respon dari peminat komik Marvel. FOX dan Marvel akan bekerjasama untuk mengeluarkan pilot episode dalam masa terdekat untuk siri X-Men ini bagi melihat respon peminat.

Siri ini nanti akan berkisahkan satu keluarga di mana anak mereka mempunyai kuasa mutan dan mereka sekeluarga terpaksa hidup dalam pelarian kerana menjadi sasaran pihak kerajaan. Keluarga itu kemudiannya mencari pertolongan komuniti mutan underground untuk perlindungan supaya mereka terus survive.

Siri X-Men ini akan diterbitkan oleh 20th Century Fox dan Marvel Television, di Mana Fox akan mengawal produksi untuk filem ini. Harap-harap siri ini tidak hambar dan sehebat franchise filem-filem mereka.Moga watak mutan terkenal seperti Wolverine, Cyclops, Magneto dan Cable buat kemunculan nanti. Kalau ada Deadpool pun seronok juga.

Sementara nak tunggu siri ini, layan dahulu lagu pembukaan kartun X-Men yang terkenal pada tahun 90an.

Sumber