Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Siri X90 menjadi taruhan syarikat vivo dalam mempamerkan kehebatan teknologi kamera dengan kerjasama Zeiss. Kini peranti terunggul ini sedia ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Terdapat dua model yang ditawarkan iaitu X90 dan X90 Pro. Kedua-dua model ini dijana dengan cip MediaTek Dimensity 9200, kamera lensa daripada Zeiss dengan rekaan skrin melengkung. Boleh teruskan bacaan untuk mengetahui spesifikasi terperinci siri X90 kali ini.

vivo X90

Sumber Gambar: Vivo

vivo X90 merupakan model paling asas di mana mempunyai skrin 6.78-inci AMOLED yang menyokong refresh rate 120Hz dan paparan HDR10+. Selain itu, model ini dijana dengan cip MediaTek 9200 bersama padanan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256 GB.

Bahagian kamera pula dilengkapi lensa utama 50MP, lensa sudut lebar 12MP, lensa potret/telefoto 12MP dan mempunyai lapisan Zeiss T* pada setiap lensa. Kamera hadapan pula mempunyai lensa 32MP.

Sumber Gambar: Vivo

Menerusi aplikasi kamera, pelbagai mod-mod potret telah ditambah termasuk juga dengan mod Zeiss Cinematic untuk rakaman video bokeh. Selain itu, ia juga disertakan cip V2 sebagai ISP untuk melancarkan lagi proses rakaman fotografi selain menambah baik kualiti.

Bateri sebesar 4,810mAh ini menyokong pengecasan pantas 120W. Dari segi rekaan, model ini masih kelihatan sama seperti siri sebelumnya namun hanya berlaku perubahan pada bahagian modul kamera yang digantikan dengan rekaan bulat yang lebih menonjol.

Speaker peranti adalah jenis stereo, menggunakan Bluetooth 5.3, WiFi 6, sensor infra merah, mempunyai perlindungan IP64 dan menjalankan Funtouch OS 13 berasaskan Android 13.

vivo X90 Pro

Sumber Gambae: Vivo

X90 Pro ini pula sedia berkongsi beberapa ciri yang terdapat pada model biasa termasuklah skrin, cip penprosesan dan juga rekaan modul kamera padanya. Berbeza hanyalah pada memori yang mana mempunyai 12GB RAM tetapi storan dalaman kekal 256GB.

Bercakap mengenai versi Pro, terdapat dua lensa 50MP iaitu pada lensa utama dan potret/telefoto. Menariknya, versi Pro hadir dengan lensa 1-inci IMX998 yang mampu memastikan hasil imej yang  lebih sharp dan menarik.

Sumber Gambar: Vivo

Ciri-ciri daripada Zeiss yang turut ditawarkan seperti LUT filem, efek bokeh, mod sinematik dan banyak lagi. Disebabkan model Pro ada dwi-OIS sokongan mod malam seperti Super Moon dan Astro boleh digunakan tanpa sebarang tripod.

Ciri dan fungsi lain adalah sama sahaja dengan vivo X90 biasa, cuma saiz bateri adalah lebih besar iaitu 4,870mAh dengan pengecasan pantas 120W juga. Tambahan pada peranti ini adalah sokongan pengecasan wireless 50W dan perlindungan air IP68.

Untuk pasaran Malaysia, hanya satu pilihan spesifikasi yang ditawarkan untuk X90 iaitu 12GB/256 GB pada harga RM3,699 dengan warna Breeze Blue atau Astroid Black. Kini anda boleh dapatkan di Shopee atau Lazada.

Model X90 Pro pula sedia ditawarkan dengan spesifikasi 12GB/256GB pada harga RM4,999 dengan warna Legendary Black. Kini anda boleh dapatkan di laman Shopee atau Lazada.