Setiap produk yang berada di pasaran perlu mendapat kelulusan daripada badan berkuasa sebelum ia boleh dibeli dan dipakai oleh para pengguna. Di Malaysia, SIRIM menjadi badan untuk meluluskan produk-produk kosmetik lulus ujian klinikal dan selamat digunakan.

Baru-baru ini badan kelulusan tersebut tampil menafikan pihak mereka sedang membuat prosedur ujian klinikal terhadap satu produk kosmetik seperti mana didakwa oleh founder produk berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penafian itu dibuat melalui satu komen pada hantaran Facebook yang dikongsikan oleh founder produk tersebut. Dalam hantaran itu wanita berkenaan mendakwa dia akan mendedahkan ‘laporan terakhir’ daripada hasil prosedur ujian klinikal di SIRIM, selepas dia bertemu dengan wakil SIRIM untuk mendapatkan penjelasan proses dan kemas kini mengenai ujian klinikal salah satu produk keluarannya.

Sumber Gambar: Facebook Zirra Abdullah
Sumber Gambar: Facebook Zirra Abdullah

“SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk kosmetik Skin Dessert,” petik komen yang dikongsikan oleh badan milik kerajaan tersebut.

Komen yang dikongsikan itu telah meraih perhatian netizen yangmempersoalkan founder produk itu mengapa memuat naik hantaran gambar berlatarbelakangkan pintu masuk kawasan SIRIM berserta kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan orang ramai selepas pihak SIRIM tampil memberikan penjelasan.

Sumber Gambar: Facebook Zirra Abdullah
Sumber Gambar: Facebook Zirra Abdullah
Sumber Gambar: Facebook Zirra Abdullah

SIRIM turut kongsikan pesanan kepada orang ramai yang mahu jadi founder produk, perlulah jalani ujian sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik.

“SIRIM hanya dengan bermodalkan RM2,500 (tertakluk kepada jenis, jumlah dan warna produk) anda mampu menjadi ‘founder’ produk anda sendiri! Bukan itu sahaja, produk yang dihasilkan telah melalui ujian-ujian klinikal dan dihasilkan di kilang bertaraf GMP. Paling penting, ia adalah SELAMAT!” petik hantaran Facebook SIRIM.

Pada masa sama, orang ramai juga mahu SIRIM mendedahkan dan mengambil tindakan kepada mana-mana usahawan kosmetik yang menyalahgunakan nama badan tersebut supaya dapat ‘menyelamatkan’ orang ramai daripada tertipu pada masa akan datang.

Setakat ini usahawan kosmetik itu tidak mengeluarkan apa-apa sebarang penjelasan mengenai isu yang tular melibatkan produk keluarannya itu.