Tempoh hari Vocket telah menerbitkan artikel 11 cara kebangkitan semula David Cheang, warga Singapura yang pernah diisytihar muflis ketika kejatuhan ekonomi Asia yang teruk pada 1997. Kali ini kami bawakan another rags-to-riches story dari negara Thailand pula yang turut dilanggar badai ekonomi 1997.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Siapa yang tidak akan pening kepala dan rasa tertekan apabila sebuah kehidupan mewah hilang sekelip mata dan dalam masa yang sama pula asyik memikirkan perbelanjaan anak-anak yang masih belajar di luar negara. Itulah yang telah berlaku kepada Sirivat Voravetvuthikun.

Siapa Sirivat Voravetvuthikun

Sirivat Voravetvuthikun bergraduat dari Universiti Texas, Austin, Amerika Syarikat pada 1974. Dia menceburi bidang kewangan dan saham. Dia menjadi jutawan pada awal tahun 1990-an. 1994 harga saham jatuh dan 1997 krisis ekonomi Asia. Kedua-dua peristiwa itu telah beri impak yang besar kepada nilai kekayaannya.

Dia pernah dikenali sebagai “The Phantom” kerana memiliki kemahiran memilih stok saham yang menguntungkan. Ironinya dia jatuh miskin gara-gara spekulasi harga saham di pasaran. Di dalam masa yang sama dia meminjam banyak wang untuk membangunkan resort mewah di taman negara di timur Bangkok, Thailand.

“I was an honest businessman, but I was greedy,” he told me.”…”I had 100 million baht, I wanted a billion, so I borrowed a lot – at that time I was paying 17% interest, which brought me down on my knees.”

Dia mengakui pada waktu itu dia tamak. Dia ada 100 juta baht dan dia mahukan 1 billion pula. Jadi dia meminjam banyak waktu itu sehinggalah dia tidak mampu membayarnya kembali dengan kadar bunga setinggi 17%. Kesannya dia mempunyai hutang bernilai S$30.4 juta. Ia satu pengalaman yang begitu mahal buat dirinya dan keluarga sehingga mengheret mereka ke jalanan. Malah, 40 orang pekerjanya hilang punca pendapatan selepas dia muflis.

Dari Jutawan Broker Saham Jadi Penjual Jalanan

“So my life was totally changed from a luxurious lifestyle to just a commoner lifestyle.”

Untuk teruskan hidup dia membuat sandwic bersama isteri dan menjualnya di jalanan Bangkok. Idea menjual roti sandwic itu adalah idea isterinya selepas dia bertanya apakah yang mereka patut buat untuk teruskan hidup. Isterinya juga menjadi pendorong utama untuk dia lupakan perkara lalu dan teruskan hidup.

“My wife and I woke up 3 a.m. in the morning to make fresh sandwiches,”…”I felt depressed and disheartened. I kept asking myself, ‘Why did this have to happen to me?'”

Dia dan isteri, Vilailuk bangun seawal 3 pagi bagi menyiapkan roti sandwic segar. Dalam masa yang sama dia berasa tertekan dan tawar hati. Dia berterusan bertanya kepada diri sendiri mengapakah semua itu terjadi kepadanya. Tapi dia sedar sekiranya mereka putus asa, tiada siapa akan boleh membantu mereka sekeluarga. Maka, pasangan suami isteri ini saling bantu-membantu. Mereka tahu untuk teruskan hidup, mereka perlu kuat melawan perasaan-perasaan negatif yang singgah di hati dan minda mereka.

Dengan semangat tinggi dan kerja kuat suami isteri, dia perlahan-lahan membina bisnes baru itu. Pada hari pertama jualan dia mendapat $14 dan mula mendapat beberapa ratus baht sehari selepas itu. Dalam tempoh 10 tahun, dia berjaya membina sebuah bisnes katering berskala kecil kerana dia tidak boleh meminjam wang.

“This is a real business, that deals with real people,”…”It’s not like a bubble business.”

Namun begitu, dia memandang bisnes ini dari satu sudut yang positif meskipun tanpa wang pinjaman. Baginya, apa jua yang berlaku, orang tetap perlu makan. Dia turut menggunakan sayur-sayuran tempatan bagi mengelakkan dia bergantung kepada sayur-sayuran import.

Sebenarnya bukan mudah buat orang sepertinya ini kembali ke jalanan. Ada orang kaya sepertinya memilih untuk bunuh diri. Dia pula perlu membunuh segala rasa malu dan ego bagi menyesuaikan diri dengan realiti semasa. Hasilnya dia menjadi inspirasi kepada orang yang senasib dengannya.

“A person who had a debt of 15 million baht said to me that he decided not to commit suicide because he saw my example.”

Ikon Bisnes Orang Thai

Pada 5 tahun pertama, dia menjual hampir setiap hari roti sandwic di jalanan. Kemudian dia bina bisnes sehingga dapat menggajikan 14 orang pekerja. Dia turut menghasilkan minuman ringan sendiri, dua buah kedai kopi dan perkhidmatan katering kopi dan roti sandwic selepas 10 tahun.

Petikan daripada berita VOA News (2009), Sirivat menyatakan dia sudah boleh senyum walaupun dia pernah menjadi orang kaya dan muflis.

“Today as you can see, I can smile. Although I was formerly rich, I was a bankrupt person. Today, I run a very, very small business. And I still sell sandwiches on the streets of Bangkok, although I’m going to have shops now one after the other. I feel happy.”

Jenama Sirivat Sandwich

Buat pengetahuan anda, Sirivat telah menjual roti sandwic pada harga 25 baht berbanding pesaingnya, 8 baht. Dia memilih harga tersebut kerana dia memposisikan roti sandwic dengan nilai premium iaitu berbeza dengan roti sandwic pesaing-pesaingnya. Tambahan pula, makanan jalanan dicalit dengan imej tidak bersih, tidak sihat dan bahan rendah kualiti. Dia mahu lakukan sesuatu yang berbeza dan sekaligus meraih kepercayaan pelanggan kepada bisnesnya.

“Actually the price is all worth it because all ingredients are premium quality and not leftovers. For me, it is important to serve quality to customers because it is not just their energy you gain but also their trust you earn.”

Sekarang dia kembali menjadi jutawan. Jenama “Sirivat Sandwich” menjadi satu jenama yang dikenali rakyat Thai dan bernilai ratusan juta bath. Dia menggunakan logo yang mengingatkan dia kepada zaman kejatuhan ekonominya dan negara Thailand. Logonya mempunyai ciri-ciri sebuah belon terapung dengan mata wang Thailand serta huruf “IMF”.

Dia membuka rantaian kedai kopi dan bisnes katering. Kedai-kedainya terletak di stesen transit yang sibuk, pusat membeli-belah, dan hospital. Sirivat juga menjadi seorang usahawan yang kurang bergantung kepada bank untuk mengembangkan perniagaannya. Dia sedar umurnya makin lanjut dan dia tidak mampu menghadapi kesilapan yang sama sekiranya ia berlaku lagi.

“Ten years ago I was proud, successful and very greedy. I was 48 (1997) then and had a lot of time. Now at 58 (2007), how much longer can I sell sandwiches?”

Kini, dia sendiri menjadi symbol of optimism and tenacity for Thais. Dia mengaplikasikan semua ilmu dan pengalamannya di dalam pasaran bagi menjadikan jenama produknya dikenali tanpa melaburkan wang yang banyak untuk pengiklanan media. Jenamanya tersebar luas apabila menjadi bahan pemasaran mulut ke mulut sehingga terbina sekumpulan pengikut yang terdiri daripada followers, buyers and lovers.

Pengajaran Dari Kisah Sirivat Voravetvuthikun

“You cannot correct the past but you can change the future. It’s all up to you.”

Kita tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku pada waktu silam tetapi kita boleh berusaha mengubah masa depan. Ia bergantung kepada diri sendiri. Mahu buat atau biarkan sahaja dan hidup biasa.

Hakikatnya, umur bukan penghalang untuk seseorang bangkit kembali meraih impian dan harapan. Kekuatan emosi, spiritual dan fizikal juga amat penting. Tambahan pula, orang terdekat memainkan peranan penting untuk terus beri dorongan ke arah positif.

Jadikan kesilapan satu had buat diri agar kita tidak langgar ia dua kali. Dan sekiranya sudah meraih kekayaan dan kejayaan, jangan sesekali lupa siapa kita sebelum ini. Cara hidup juga tidak perlu berubah begitu drastik, hiduplah dengan sederhana. Apa yang penting kita gembira.

Sirivat dan keluarganya telah mengamalkan kehidupan sederhana berbanding zaman jutawan 90-an dan mereka gembira dengan cara sebegitu dan paling penting, dia menyatakan:

“I became a free man again.”

Sumber: BBC News, PBS Organisation, Asia Society Organisation, Washington Post, VOA News, Telegraph, Nana Thailand

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group