Kisah yang saya akan ceritakan ini turut berlaku di rumah sewa saya di Tokyo. Banyak kejadian bodoh saya alami sebenarnya berkenaan tempat penginapan sepanjang berada di Tokyo, di kacau hantu, orang gila masuk rumah, bilik kena pecah masuk, jumpa orang Jepun ‘memerut’ tidak tutup pintu dan juga orang Jepun berjalan ke sana ke mari dengan najis di bontot.

Dan kali ini saya akan ceritakan tentang seorang rakyat Jepun yang hampir 5 tahun tidur dalam timbunan sampah. Selepas dihalau keluar dari Airbnb di dalam bandar Tokyo, saya mencari-cari tempat menginap yang lain di kawasan berdekatan. Dihalau itu bukan kerana saya buat hal namun dapat owner Airbnb yang gila dan dihalau tanpa sebab.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi selepas mencari, dapatlah menyewa bilik dengan kadar yang dikira agak murah di Tokyo namun kalau harga di Malaysia boleh bayar rumah sebuah sebulan. Untuk sewa bilik RM2,000 sebulan dengan tandas pun berkongsi umpama bilik setinggan.

https://www.instagram.com/p/BvtjMPPhmoK/

Saya berhubung dengan tuan rumah melalui line (orang jepun jarang menggunakan whatsapp, mereka lebih kepada line). Bilik saya bernombor 103, jadi saya masuk rumah itu. Yang ada hanyalah satu ruangan jalan kaki dan banyak bilik dalam satu rumah.

Memandangkan tuan rumah tidak meletakkan notis nombor bilik, saya cuba membuka pintu yang ada. Ada 5 kesemuanya bilik dan 1 daripada pintu itu adalah stor. Waktu itu saya hanya mengikut kata hati sahaja, yang mana kosong disitu saya akan tidur.

Selepas percubaan membuka dua bilik pertama dan berkunci, saya menuju ke bilik yang terakhir, dan ternyata tidak berkunci. Sejurus dibuka sahaja pintu bilik, sampah sarap setinggi betis saya bertimbun dalam bilik. Ada plastik, botol arak, tin, botol plastik.

Dan yang mengejutkan, di tengah-tengah lautan sampah itu ada manusia tengah tidur di atas futon. Serious saya ingat hantu waktu itu. Dan selepas saya ternampak manusia dan dia terjaga, dengan segera saya tutup pintu.

Ternyata pintu bilik yang terakhir merupakan bilik saya, dengan sedikit rasa berdebar dan ngeri selepas melihat kejadian tersebut.

https://www.instagram.com/p/BvpdWIWhyN1/

Keesokan harinya, saya berselisih dengan mamat Jepun yang duduk di bilik paling hujung tersebut. Masih muda. Perwatakan seperti pelajar universiti dengan tidak comot dan boleh bercakap English sedikit (jarang orang Jepun boleh bercakap English kecuali yang berpelajaran).

Jadi kami berbual mesra sedikit memandangkan dia boleh bercakap English dan saya adalah orang baru dalam rumah tersebut. Selepas perbualan kami, barulah saya tahu dia tidak bekerja dan sudah 5 tahun tinggal di situ.

Bayangkan 5 tahun duduk dalam bilik sempit dengan timbunan sampah. Kenapalah saya jumpa orang Jepun yang semuanya indah khabar dari rupa.

Jepun pembersih? Cubalah bergaul dengan mereka untuk tengok bersih ke tidak. Pandangan kita terhadap tempat pelancongan yang pergi memanglah bersih dengan ikan koi hidup dalam longkang, dengan sampah kurang di atas jalan. Itu di tempat tumpuan pelancong sama juga kita pergi putrajaya. Bersih sahaja.

Selepas hampir setahun lebih menginap di bilik saya yang sekarang ini, bau hancing di jalanan itu sudah biasa. Mungkin disebabkan juga lokasi rumah saya penuh dengan orang yang homeless dimana tidur dalam khemah di depan bangunan orang dan berselimut tanpa berbumbungkan apa-apa.

jpn:vckt

P/S: gambar bilik lautan sampah itu saya tidak ada, namum hanya ada gambar orang Jepun tengah kencing merata. Manakah sifat jepun yang anda agung-agungkan itu? Sorry to say. Tiada satu pun negara yang perfect.

#wia