Baru-baru ini, penyanyi Sissy Iman menjadi bualan ramai apabila penyanyi dangdut selaku juri rancangan Famili Duo, Mas Idayu memberi kritikan pedas sehingga membuat Sissy menitiskan air mata.

Pada minggu keenam program realiti tersebut, Sissy bersama penyanyi kacak, Naim Daniel mendapat komen yang tidak menyenangkan hati selepas mereka menyanyikan lagu Jampi yang gagal menarik hati juri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Mas Idayu, pemilihan lagu tidak sesuai dengan mereka berdua sehingga membuatnya marah tak tentu pasal.

Bukan itu sahaja, dengan nada yang serius dan marah, juri berusia 51 tahun itu turut mengatakan sejak awal lagi nyanyian Sissy dan Naim dianggap sebagai kasar dan tidak sedap untuk didengar.

Sementara itu, rakan duonya, Naim mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan peminat dan menerima komen pedas itu dengan hati yang terbuka.

https://www.instagram.com/p/CnMdDPDBZ3C/?igshid=NTdlMDg3MTY=

Selepas itu, hos Janna Nick meminta Sissy memberikan komen mengenai persembahannya, namun Sissy tidak dapat meneruskan kata-kata dan terus menangis.

Bagaimanapun, peminat tidak puas hati dengan komen Mas Idayu yang dikatakan keterlaluan dan peminat menganggap komen ‘biadap’ itu tidak profesional.