Sistem  Asia Pacific Gateway (APG) Submarine Cable kini telah siap dibina sepenuhnya dan telah beroperasi menghubungkan Malaysia kepada Korea dan Jepun. Dengan panjang sejauh 10,400km, APG network mampu menyediakan akses sehingga 54 Tbps. Terlaju di dalam Asia.

Selain itu, projek ini juga merupakan projek termahal di dalam sejarah apabila menelan belanja sehingga $450 million USD berikutan teknologi yang membolehkna cable ini tidak terkesan dengan bencana melibatkan gempa bumi dan ribut taufan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

apg-submarine-cable-landing-sites-asia

Untuk pengetahuan anda APG merupakan gabungan syarikat-syarikat melibatkan negara China, Taiwan, South Korea, Japan, Singapore and Vietnam. Time dotCom merupakan wakil syarikat daripada Malaysia yang akan bekerjasama didalam sambungan cable ini.

Pelan yang dicadangkan seawal 2009 ini terpaksa ditangguh atas beberapa faktor. Telekom Malaysia yang pada mulanya merupakan syarikat terawal yang dipilih APG terpaksa menangguhkan pelan ini berikutan pelaburan bersar yang dibuat pada Cahaya Malaysia.

Sebelum ini, TIME juga telah melabur di dalam dua syarikat melibatkan negara U.S dan Jepun membolekan pengguna mendapat akses yang lebih pantas kepada negara tersebut.

Melihat kepada perkembangan TIME, dijangka pengguna TIME bakal berpeluang untuk mendapat Internet yang lebih pantas tidak lama lagi.