Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Netflix mengumumkan bakal meningkatkan kualiti bunyi pada platform streaming mereka dengan mengemaskini sistem audio baharu yang berkualiti tinggi untuk peranti yang menyokong 5.1 atau Dolby Atmos.

Teknologi bunyi yang lebih baik pastinya akan menjadikan sesebuah video itu lebih menarik dan hebat untuk ditonton. Oleh itu, Netflix akan meningkatkan pengekodan pada bitrate berdasarkan setiap peranti dan keupayaan bandwidth yang berbeza.

Penambahbaikan kualiti bunyi ini juga akan dilakukan berdasarkan bitrate yang sesuai untuk beberapa peranti yang berbeza seperti bitrate 5.1 dengan kadar 192 kbps sehingga 640 kbps dan Dolby Atmos pula bakal menawarkan 448 kbps kepada 768 kbps.

Anda Mungkin Suka