Selepas setahun beroperasi, pembangun sistem ejen Malaysia The Boss Asia atau lebih mudah dikenali dengan BOSS telah menganjurkan majlis penghargaan kepada pelanggan pada 11 Mac 2022 bertempat di Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang.

Untuk pengetahuan anda, BOSS adalah singkatan kepada Best Online Stockist System yang membantu para peniaga dalam pengurusan tempahan, ejen, pemprosesan komisen ahli secara automatik dan pemprosesan tempahan COD dalam satu platform.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
CEO Boss Integrated Solution Sdn Bhd, En Mohd Alif Haiqal

Majlis penghargaan tersebut dihadiri oleh CEO Boss Integrated Solution Sdn Bhd, En Mohd Alif Haiqal, Dato Anuar A. Rahman, Encik Amran Abdullah dan juga Malik Hairuddin.

Dalam majlis itu, Dato Anuar A. Rahman, Encik Amran Abdullah dan Malik Hairuddin turut berkongsi bersama dengan para tetamu yang hadir bagaimana mereka memulakan perniagaan satu ketika dahulu serta cabaran yang pernah dihadapi.

Menurut En Mohd Alif Haiqal, untuk tahun 2021, pihak BOSS berjaya uruskan tempahan 235,000 tempahan . Tambahnya, perjalanan masih panjang dan pihak BOSS bukan sekadar mahu membangunkan sistem tetapi mahu melangkah lebih jauh.

Pihak BOSS juga akan menambah baik sistem dan mendengar pendapat para pelanggannya untuk mengoptimumkan sistem. Ketika majlis tersebut, pihak BOSS turut telah menyampaikan anugerah kepada Akedik Empire yang meraih jualan tertinggi pada tahun 2021 manakala Rosierra Global Sdn Bhd telah merangkul pencapaian bagi jumlah tempahan lengkap paling banyak.

BOSS telah dilancarkan sejak 29 Januari 2021 dan penganjuran majlis tersebut bukan sahaja mahu menghargai pelanggannya tetapi sekaligus melancarkan sistem ejen tersebut secara rasmi kepada umum.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Cuba Bayar Tol Guna Kad Touch ‘n Go, Tindakan Motosikal Ini Undang Persoalan Orang Ramai

Proton Wira Tular Hilang Ditemui Dalam Keadaan Togel, Dileraikan Dalam Tempoh 2 Jam Sahaja

Lelaki Ini Cerita Sisi Gelap Industri Takaful Dan Insurans, Buat Orang Ramai Buka Mata