Di Jepun, keseimbangan di antara hidup dan kerja telah menjadi satu isu yang besar sejak sekian hari. Beberapa kes bunuh diri akibat tekanan di tempat kerja telah direkodkan – semuanya disebabkan kemurungan dan tekanan yang melampau.

Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat syarikat yang mula mengubah polisi mereka dan antaranya adalah Microsoft Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Microsoft Jepun telah memulakan langkah bagi menangani tekanan di tempat kerja dengan memperkenalkan waktu kerja selama empat hari dan hasilnya sangat memberangsangkan.

doc775az417f2soyl9v762
Brent Lewin/Bloomberg

Dalam satu laporan yang dikeluarkan Forbes, hasil daripada pengenalan sistem kerja baharu ini. Microsoft Jepun berjaya meningkatkan produktiviti sebanyak 40% – sesuatu yang tidak dijangka oleh mereka.

Ini semua bermula dengan kempen ‘Work-Life Choice Challenge’ yang mula diperkenalkan pada musim panas yang lalu.

Data yang dikeluarkan oleh Microsoft Jepun menunjukkan bahawa jualan bagi setiap pekerja meningkat hampir 40% berbanding tahun lalu. Selain itu, mereka juga mencatatkan penjimatan dari segi penggunaan elektrik sebanyak 23%.

Bagi Microsoft Jepun, pengenalan sistem ini juga telah memaksa pekerjanya untuk menyusun jadual dengan lebih sistematik serta memendekkan segala perbincangan yang tidak penting. Hasilnya, kerja yang mereka jalankan lebih teratur dan lebih produktif.

Kajian di peringkat global

Ini bukanlah kali pertama ia di lakukan. Kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa dengan memberi pilihan kepada pekerja, ia akan meningkatkan produktiviti ; sebuah syarikat di New Zealand telah menetapkan bahawa pekerja mereka akan bekerja selama empat hari pada 2018, selepas percubaan produktiviti meningkat sebanyak 24%.

Satu tinjauan di mana 1,500 pekerja dan 600 pengurus sumber manusia di firma perunding HR Robert Half mendapati 66% pekerja berkata mereka mahu bekerja kurang daripada lima hari seminggu.

Japan-Financial-Markets
Japan Financial Markets

Harvard Business Review juga melaporkan bahawa sebuah agensi pelancongan di China mengalami peningkatan dalam produktiviti apabila membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah.

Satu tinjauan pada 2018 di mana 3,000 pekerja di Institut Tenaga Kerja, Kronos mendapati lebih separuh daripada pekerja mereka menyatakan bahawa mereka mampu melakukan kerja mereka dalam masa lima jam dalam satu hari.

Apa yang dilakukan oleh Microsoft Jepun hanyalah kajian percubaan, syarikat itu memberitahu Guardian dalam satu kenyataan, dan tidak jelas apakah perubahan ini akan dilaksanakan di di tempat lain atau secara jangka panjang.

Berikut adalah artikel lain mengenai Microsoft untuk anda layan dan menambah ilmu pengetahuan.

Gagal Penuhi Syarat, Ninja Tinggalkan Platform Twitch Untuk Ke Microsoft Mixer

Microsoft Umum Melabur Kepada Syarikat OpenAI Bernilai RM4.12 Bilion

HP, Dell, Microsoft Dan Amazon Rancang Untuk Pindahkan Kilang Produksi Dari China