Pernah tak anda terfikir apa aktiviti kucing anda di waktu malam? Adakah mereka hanya berkeliaran di kawasan rumah anda sahaja? Jawapannya tidak. Satu badan kerajaan di Australia telah membuat eksperimen dengan memasang GPS tracker kepada beberapa ekor kucing untuk melihat pergerakan mereka di waktu malam.

Kebanyakkan tuan kucing berpendapat yang kucing mereka hanya berlegar di kawasan sekitar taman mereka sahaja. Tetapi keputusan eksperimen ini mengejutkan mereka kerana ada kucing yang pergi berjalan lebih 3km dari rumah mereka. Ada juga kucing yang pergi bermain di kawasan hutan dan pulang kembali keesokkan harinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di Australia, kucing dikira ‘berbahaya’ kerana boleh menggangu ekosistem haiwan liar yang lain. Eksperimen ini bertujuan untuk memberitahu pemilik kucing yang kucing sebenarnya tidak duduk setempat di waktu malam. Anda boleh cuba pasang GPS tracker pada kucing anda. Cuba tengok sejauh mana kucing anda merayau di waktu malam. Pasti menarik keputusannya nanti.

cat 1

cat 2

cat 3

cat 4

cat 5

cat 6

cat 7