Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 3 mendapati pergerakan warga asing di Malaysia gagal disahkan berikutan 4,489 gangguan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) yang berlaku di antara 2016 hingga 2018.

Disebabkan itu, seramai 214,398 daripada 912,374 warga asing tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia sehingga 15 April lalu, lapor Berita Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Laporan itu turut menyebut antara punca lain mengapa sistem menjadi tidak stabil adalah kerana terdapat 29 patch on sistem yang berurusan dengan sistem MyIMMs.

Berikut daripada masalah itu, terdapat data yang telah dimasukkan oleh pegawai seperti pengesahan keluar/masuk di pintu masuk tidak dapat direkodkan oleh sistem atau tidak dapat diintegrasikan dengan sistem MyIMMs, lapor Harian Metro.

“Sistem MyIMMs kerap ‘downtime’ (tidak aktif) dan berlakunya isu teknikal pengoperasian sistem boleh menjejaskan integriti data bagi rekod pergerakan keluar atau masuk di pintu sempadan negara.

“Antara faktor warga asing masuk ke Malaysia tetapi tiada rekod keluar adalah kerana sistem mengalami masalah integrasi, menyebabkan berlaku isu teknikal pengoperasian sistem,” katanya.

Untuk rekod, seramai 5,750 warga asing daripada 214,398 telah disahkan keluar, manakala 8,404 daripadanya memiliki pas jangka panjang seperti Pas Lawatan Ikhtisas, Pas Lawatan Kerja Sementara, Pas Pelajar dan Pas Residen.

“Selain itu, 1,765 orang diambil tindakan unit penguatkuasaan, manakala selebihnya 198,479 warga asing tiada rekod keluar,” kata laporan terbabit seperti dipetik oleh Free Malaysia Today.

Daripada 214,398  warga asing berkenaan, pihak Audit telah memilih 300 warga asing sebagai sampel dan mendapati golongan terbabit tinggal di Malaysia melebihi tempoh dibenarkan, iaitu antara 121 hingga 1,087 hari.

Terdahulu kecoh di sosial media apabila seorang warga asing telah bertindak mengeluarkan kenyataan yang memburukkan negara, klik pautan di bawah untuk membaca.

Warga Asing Keluar Kenyataan Tidak Tepat Boleh Dibatalkan Pas Imigresen Dan Diminta Tinggalkan Negara

Sita Barangan Penjaja Warga Asing Di Sekitar Ibu Kota, Netizen Ucap Tahniah Buat DBKL

Warga Tempatan Dalang Disebalik Sindiket Pemalsuan Dokumen Ujian Saringan COVID-19 Untuk Warga Asing