Nota Editor: Perkongsian pandangan berikut adalah daripada website NotaSaeed.com. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ini dapat memberi gambaran dan dijadikan panduan bagi menambah baik sistem pengangkutan di negara kita.

Di sini saya nak share sikit ciri-ciri Subway System Korea yang sangat efektif yang saya rasa Malaysia perlu contohi. Tak dinafikan sistem pengangkutan awam makin bertambah baik di negara kita. Tapi tak salah untuk kita sentiasa melihat kepada ruang penambahbaikan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pertamanya mari kita lihat berapa nilai tambang di Korea dan di Malaysia.

Di Korea tambang kereta api pada kadar 1250 Won bersamaan Rm 4.50, boleh transfer ke laluan berbeza sebanyak 2 kali dan akan bertambah mengikut kilometer setelah satu jarak yang tertentu.

Manakala tambang KTM pula bermula RM 1.00 dan bertambah mengikut kilometer.

Sekali pandang, macam Korea lagi mahal kan? Tapi 1000 won ni macam seringgit je dekat Korea. Jadi boleh kata tambang dekat Korea Rm1.25.

Dengan perkhidmatan yang sangat cekap, train yang banyak, boleh kata hampir selang 5 minit akan ada train, dengan nilai tambang yang sama kita mendapat lebih nilai dengan perkhidmatan di Korea berbanding di Malaysia.

Ini menjadikan secara realitinya tambang di Korea lebih murah dan berbaloi.

Saya sertakan dengan gambar kenapa subway system Korea sangat mantap.

  1. Kaunter Masuk

sistem-keretapi-korea-selatan-1

Sangat banyak dan semuanya berfungsi, andainya rosak akan diselenggara dengan segera. -Guna system T-Money. Macam Touch N Go dekat Malaysia. T-Money juga ada embedded dalam smartphone keluaran Korea.

Jadi sesiapa yang tak mahu gunakan kad, boleh guna fon je. Dapat kurangkan masa menunggu dan kurangkan kesesakan.

2. Travelator 

sistem-keretapi-korea-selatan-2

Untuk orang yang berjalan perlahan atau kesuntukan masa ada Travelator untuk bantu sesiapa nak cepat. Sebabnya subway station ni biasanya besar. Sangat membantu terutamanya kalau nak cepat atau kalau dah terlampau penat.

3. Garisan Kuning

sistem-keretapi-korea-selatan-3

Boleh nampak garisan kuning tu kan? Garisan tu ada merata dalam subway station ni. Ia bertujuan untuk membantu orang buta. Ia juga menjadi pembahagi jalan. Jadi orang yang berjalan ke arah berlawanan arah tak bertembung.

4. Pembahagi Tangga / Jalan

sistem-keretapi-korea-selatan-4

Tengok sticker dekat tangga tu. Untuk ingatkan orang ramai siapa nak naik sila ke kanan. Siapa nak turun akan guna kiri. Dapat elakkan kesesakan terutama peak hour. Kebanyakan orang korea sangat patuh dengan arahan ni.

5. Peta Perjalanan Subway

sistem-keretapi-korea-selatan-5

Setiap kali sebelum naik subway, kita boleh jumpa banyak peta mcm ni. Jadi kita boleh pastikan kita tak tersalah arah. Kita mesti tak nak tersalah naik gerabak kan?

6. Papan Tanda

sistem-keretapi-korea-selatan-6

Papan tanda yang besar dan jelas ada merata-rata dalam subway station ni. Tengok kat sebelah kiri atas kat belakang tu. Tak jauh dari papan tanda ni ada lagi satu papan tanda. Anda susah untuk sesat dalam subway station.

7. Papan Tanda Digital

sistem-keretapi-korea-selatan-7

Selain papan tanda biasa. Ada banyak jugak papan tanda digital macam ni dalam subway station. Yang sebelah kiri tu kita boleh tengok train dah sampai station mana. Yang sebelah kanan pulak biasanya ada iklan atau ada announcement.

Baca: 9 Masalah Sering Dihadapi Rakyat Malaysia Sewaktu Travel Ke Pulau Jeju, Korea Selatan

8. Mesin Tambah Nilai T-Money

sistem-keretapi-korea-selatan-8

Macam mesin tambah nilai Touch N Go. Ada di setiap pintu masuk dan pintu keluar subway station. Tak perlu takut kalau nilai T-Money tak cukup. Boleh topup sebelum naik atau masa turun dekat setiap station. Dan mesin ni multilanguage. Sangat mudah diguna oleh pelancong.

9. Safety Equipments (peralatan keselamatan)

sistem-keretapi-korea-selatan-9

Safety Equipments macam ni banyak. Di letak di tempat yang mudah dicapai dan dilihat oleh pengguna. Kalau ada apa-apa berlaku, tak perlu kalut nak cari dekat mana safety equipments.

10. Important and Emergency Informations Posters

sistem-keretapi-korea-selatan-10

Banyak poster menerangkan info-info penting di sekitar dinding-dinding dalam subway station ni. Mudah untuk mengajar dan memberitahu pengguna info-info yang penting.

11. Iklan Mendidik

sistem-keretapi-korea-selatan-11

Sambil tunggu train, boleh dihiburkan dengan animasi-animasi mendidik. Kebanyakannya mengajar cara betul menaiki subway, kempen-kempen kerajaan dan macam-macam lagi.

12. Peta dan Maklumat Kawasan

sistem-keretapi-korea-selatan-12

Dekat setiap subway station mesti akan ada peta dan maklumat kawasan tersebut. Mudah untuk kita merancang nak ke arah mana sebelum keluar dari subway station.

sistem-keretapi-korea-selatan-13

13. Pintu Keselamatan

Subway di Korea rata-rata tertutup dengan pintu keselamatan. Ini dapat mengurangkan kebarangkalian orang terjatuh ke landasan kereta api. Dan dapat menyelamatkan banyak nyawa!

14. Keistimewaan untuk Orang Kurang Upaya

sistem-keretapi-korea-selatan-14

Tanda-tanda untuk memberi laluan kepada orang kurang upaya seperti di dalam gambar ada di mana-mana. Dan orang Korea sangat mematuhinya.

15. Skrin update lokasi terkini

sistem-keretapi-korea-selatan-15

Dalam subway, ada banyak screen macam ni. Boleh sentiasa check dan tahu kedudukan kita di mana.

16. Peta Subway

sistem-keretapi-korea-selatan-16

Lihatlah betapa berseliratnya subway di Seoul. Peta macam ni ada dekat setiap gerabak. Memudahkan orang ramai rancang perjalanan mereka.

Baca lagi: Menetap Lebih 7 Tahun Di Seoul, Lelaki Ini Berkongsi 7 ‘Survival Tips’ Ke Korea Selatan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram