Jumlah kes COVID-19 yang aktif terus meningkat setelah mencapai 24,347 kes atau hampir 85 peratus daripada 28,674 katil di hospital sudah dipenuhi dengan pesakit COVID-19. Secara keseluruhan, Malaysia mencatatkan 125,438 kes sejak wabak ini bermula.

Kementerian Kesihatan Malaysia semalam telah mencadangkan kepada kerajaan Malaysia agar menjalankan PKP Bersasar setelah Malaysia merekodkan 2,593 kes semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menyuarkan kebimbangan dengan peningkatan kes setiap hari akan membawa sistem kesihatan kita kepada tahap yang tenat dan berada di peringkat ‘genting’ (breaking point).

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1346766354045550592

Dengan PKP Bersasar dilaksanakan, ini bermaksud beberapa negeri akan berada di bawah perintah kawalan pergerakan. Syaratnya masih sama, di mana semua diwajibkan untuk duduk di rumah tetapi perintah ini mungkin akan melibatkan beberapa negeri sahaja.

Selangor, terus mencatatkan kes jangkitan paling banyak pada semalam, dengan 965 kes baru, diikuti oleh Johor, dengan 571 kes. Sabah mencatatkan 405 kes, sementara ibu kota Kuala Lumpur mencatatkan 256 kes baru.

Beberapa bulan ini, Malaysia secara konsisten melaporkan jangkitan empat digit setiap hari. Gelombang ketiga yang bermula pada September lalu disebabkan oleh pilihanraya kecil Sabah jelas tidak boleh diterima rakyat Malaysia.

Kebanyakan rakyat Malaysia menyalahkan ahli politik yang gagal patuh pada SOP dan arahan menteri yang tidak konsisten, di mana mereka yang baru pulang dari Sabah tidak perlu dikuarantin.

Disebabkan kerakusan kuasa beberapa ahli politik, rakyat Malaysia yang sudah hampir menang melawan COVID-19 pada awal tahun lalu semasa PKP dilaksanakan telah diminta untuk berjuang kembali.

Untuk rekod, Dr Noor Hisham mengatakan bahawa kes dijangka akan terus meningkat dalam beberapa minggu mendatang.

Terdahulu, KKM telah mengenal pasti mutasi baharu COVID-19 di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

KKM Kenal Pasti Mutasi Baru COVID-19 Di Malaysia, Adakah Lebih Agresif Dari Biasa?

Mutasi Baharu COVID-19 Cetus Panik, Negara Luar Mula Sekat Pelawat Dari UK

Harris Annuar Maklumkan Dirinya Positif COVID-19, Minta Kontak Rapat Jalani Saringan