Buat ada yang akan terbang hari ini, anda dinasihatkan untuk tiba 4 jam lebih awal dari waktu anda sepatutnya terbang. Ini kerana dilaporkan pihak KLIA masih belum dapat menyelesaikan masalah sistem yang tergendala sejak semalam.

Sudah masuk hari kedua, namun sistem urusan check-in di KLIA dan KLIA 2 terus tergendala dan ini menyulitkan urusan pelancong serta rakyat tempatan yang mahu terbang ke destinasi yang dituju.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut perkongsian di Twitter, ramai yang mula berkongsikan gambar di mana maklumat penerbangan ditulis secara manual di papan putih.

Penumpang juga dinasihatkan untuk check-in menerusi aplikasi telefon pintar untuk penerbangan anda bagi memudahkan kenyataan. Aisyah Ibrahim merupakan antara penumpang yang berdepan dengan masalah ini semalam dan menurutnya, pihak Malaysia Airports menangani masalah tersebut secara profesional dan cekap.

https://twitter.com/NoorIdayuu/status/1164712922729201664

Semoga sistem di KLIA pulih seperti biasa secepat mungkin. Untuk maklumat terkini, para penumpang boleh bertanyakan kepada kaunter pertanyaan atau laman media sosial Twitter Malaysia Airports di sini.