Sekiranya anda berpendapat iOS merupakan sistem operasi yang kebal daripada ancaman godam, anda mungkin silap. Berikutan source code iOS yang tertiris tempoh hari, sekumpulan penggodam telah menggunakan ini untuk menggodam iPhone pengguna.

Difahamkan souce code yang tertiris merupakan source code daripada iOS 9. Meskipun begitu, perkongsian source code yang hampir sama diantara iOS 9 dan iOS 11 membolehkan penggodam mengeksploitasi iPhone pengguna dengan lebih mudah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ap_17307667244251-1-e1518110064309

Isu godam yang sudah lama tidak berlaku ini merupakan ancaman terbaru buat Apple sejak Apple mula menguatkuasakan TouchID bagi mengelakkan daripada masalah melibatkan godam berlaku.

Buat anda yang menggunakan sistem operasi terbaru daripada Apple, anda berkemungkinan besar bakal bebas daripada masalah ini.

Dalam pada itu, sekiranya anda sedang berhajat untuk mendapatkan Apple iPhone X, sekarang merupakan masa terbaik dengan penawaran diskaun sebanyak RM750. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan Apple iPhone X 64 GB dengan harga RM4,399.

Sumber