Tahun lalu, OnePlus One muncul di pasaran dunia sebagai peranti berspesifikasi tinggi dengan harga yang berpatutan, hasil jualan telah mengalahkan telefon pintar keluaran Samsung and HTC. Jika anda mengikuti perkembangan kami sebelum ini, OnePlus pernah menjanjikan sistem operasi khas untuk pengguna OnePlus One iaitu OxygenOS. Berita baik, anda boleh memuat-turun sistem operasi terbaru ini mulai hari ini.

Sistem operasi OxygenOS aka Android 5.0 Lollipop ini telah dibangunkan sendiri oleh pihak OnePlus. Menurut OnePlus, OxygenOS dihasilkan kerana ingin memudahkan pengguna mereka iaitu OnePlus One menerima penambahbaikan sistem dengan pantas dan mudah, secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan dengan pihak luar iaitu Cyanogen.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →

Hanya beberapa fungsi tambahan sahaja disetakan dalam OxygenOS, antaranya tap to wake, navigasi on screen, file explorer dan selebihnya adalah elemen asal Android. Tujuannya adalah untuk kepantasan dan kestabilan sistem operasi.

Bagi para pengguna peranti OnePlus One, anda oleh memuat-turun sistem operasi OxygenOS ini di sini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka