Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bermula tahun baharu 2020, Teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan digunakan di 62 plaza tol, lapor Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Sistem pembayaran secara elektronik ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2020 dan melibatkan lebuh raya dengan sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Antara lebuhraya utama yang terlibat adalah Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya KL – Putrajaya (MEX), Jambatan Pulau Pinang dan beberepa lebuh raya lain.

RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat untuk melepasi tol. Pelekat RFID, juga dikenali sebagai tag RFID, adalah unik untuk setiap kenderaan dan dimasukkan dengan cip frekuensi radio dan dilekatkan pada cermin depan atau lampu depan kenderaan.

Apabila kenderaan melepasi tol, pengimbas akan membaca frekuensi radio dari tag RFID dan akan menolak tambang tol. Tarif tol kemudian akan ditolak dari Touch ‘n Go eWallet.

Penguatkuasaan ini dijalankan bagi melancarkan aliran trafik di lorong tol serta memudahkan pengguna untuk tidak perlu berhenti bagi membuat bayaran tol.

Pengguna jalan raya juga akan mendapat faedah daripada penguatkuasaan ini. Antaranya adalah transaksi bayaran tol bakal menjadi lebih mudah, tiada kos penyelenggaran, tambah nilai boleh dibuat atas talian dan beberepa lagi faedah lain.

Para pengguna boleh melakukan transaksi tambah nilai melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Untuk rekod, sistem ini telah diuji pada tahun 2018 lagi di mana kebanyakkan maklum balas yang diberi adalah positif dan pengguna sistem ini telah mencecah kepada 830,000 orang.

Jangan lupa untuk dapatkan kredit RM30 dari Touch ‘n Go eWallet. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kredit RM30 Untuk Rakyat Malaysia Akan Dikreditkan Ke Touch ‘n Go eWallet Pada 15 Januari 2020

Surcaj 10 Peratus Touch ‘N Go Untuk Tempat Letak Kereta Bakal Dimansuhkan

Tutup Semua Lorong Tambah Nilai Touch ‘n Go, Netizen Tampil Luah Perasaan

Anda Mungkin Suka