Sebagai peniaga kepada sebuah restoran atau individu yang mengetuai sesebuah organisasi industri F&B, servis yang mantap serta kecekapan yang tinggi pastinya antara yang menjadi objektif utama di dalam memberi yang terbaik buat para pelanggan.

Bermula daripada mula mengambil pesanan sehinggalah kepada pelanggan selesai membayar, semuanya harus dititikberatkan dalam memastikan pelanggan berpuas hati berdasarkan servis yang ditawarkan.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

Dalam pada itu, pernahkah anda terfikir alangkah mudahnya jika terdapat sebuah sistem dimana segala pesanan, pembayaran termasuk hal percukaian semuanya dapat disertakan di dalam satu sistem. Sistem yang saya maksudkan adalah Slurp!. Ya sebuah sistem yang mengautomasikan segala servis yang anda perlukan yang boleh digunakan buat para peniaga, pelayan restoran dan juga pelanggan.

Selain itu, para peniaga juga berpeluang untuk mendapatkan data yang lengkap dengan mudah melalui sistem yang menyertakan penjualan makanan yang ditawarkan. Oh ya, anda juga dapat mengetahui staf manakah yang menunjukkan prestasi terbaik sepanjang bulan.

Meskipun aplikasi ini menjadi pilihan buat beberapa restoran terkemuka seperti Boat Noodle, anda sebagai peniaga kecil-kecilan juga sebenarnya berpeluang untuk menggunakan sistem ini meskipun hanya berniaga melalui atas talian. Mudah bukan?

Setakat ini Slurp! sedang mencari mereka yang berminat untuk mencuba sistem yang dihasilkan mereka dan menyeru anda sebagai peniaga untuk mencuba sistem yang sistematik ini. Anda boleh mohon bagi mendapatkan demo sistem ini di sini atau isi borang di bawah.


Anda Mungkin Suka