Pemandangan warga asing yang menjaja dan menjalankan aktiviti perniagaan di sekitar ibu kota bukanlah pemandangan yang baik terutamanya buat mereka yang berkunjung ke bandar raya itu.

Menyedari masih ramai warga asing yang menjaja di kawasan awam di sekitar Jalan Raja Bot, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menjalankan operasi sitaan terhadap mereka pada pagi tadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu dimaklumkan DBKL melalui satu hantaran yang dibuat di akaun Facebook mereka sambil menyertakan beberapa gambar operasi tersebut.

Menurut DBKL, operasi yang dijalankan bermula jam 11 pagi itu telah berjaya menyita empat peniaga sayur yang terdiri dari warga asing.

“DBKL akan terus mengempur aktiviti penjaja warga asing ini dari semasa ke semasa.

“Kesemua barangan sitaan telah dibawa ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong,Cheras,” tulis kenyataan tersebut.

Dipuji netizen

Tindakan pihak DBKL yang menjalankan operasi sitaan terhadap warga asing yang menjaja di sekitar kawasan ibu kota itu turut menerima maklum balas positif daripada netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut.

Rata-rata mereka memuji tindakan yang dilakukan malah mencadangkan agar ia dilakukan dengan lebih kerap di sekitar kawasan tersebut kerana ada yang berpendapat ini bukanlah kali pertama penjaja-penjaja tersebut beroperasi.

dbkl1 dbkl2terbaik

Bukan sahaja mencadangkan agar operasi-operasi sedemikian dijalankan dengan lebih kerap, malah ada juga netizen yang mencadangkan agar operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen turut dilakukan.

Ini kerana menurut mereka, di samping membanteras penjaja-penjaja haram ini ppihak berkuasa juga berkesempatan untuk memeriksa sama ada warga asing yang berada di kawasan tersebut mempunyai dokumen yang sah atau pun tidak.

Isu peniaga warga asing menjalankan perniagaan secara tidak sah bukanlah perkara baru di negara kita. Baca lebih lanjut mengenainya di pautan di bawah. 

Dakwa Sumbang Kepada Ekonomi Negara, Isu Pelarian Rohingnya Kembali Dipertikai Netizen

Model Instagram Diberi Amaran Oleh DBKL Selepas Bergambar Dan Rosakkan Pokok Bunga Di River Of Life

Sumber