At a tender age, there is nothing tender about her new venture.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Siti Dato’ Sosilawati , atau nama penuhnya Siti Nur Fatimah Buhari adalah anak bongsu kepada pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.

sitibuhari

Kehilangan ibunya, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya ketika berusia 13 tahun sudah tentunya meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya.

Kini pada usia seawal 19 tahun, Siti Dato’ Sosilawati membuat penampilan dalam bidang baru yang amat beliau minati.

Terinspirasi dari ibunya sendiri, Siti mula meminati bidang fesyen setelah memerhatikan arwah ibu beliau Dato’ Sosilawati, yang suka berpakaian simple namun tetap elegan.

Membina Imej Sendiri

Walaupun arwah ibunya dikenali sebagai seorang usahawan berjaya, Siti mahu menempa namanya sendiri.

Disebabkan itu, beliau mengangkat nama beliau ‘Siti’ dan nama bapa ‘Buhari’, sebagai satu jenama.

‘Siti Buhari’ – satu jenama yang mengetengahkan koleksi pakaian elegan, sofistikated tetapi tetap kekal sopan.

Pelancaran Sulung Yang Serius

Pada 4 September 2016, Siti mengadakan acara pelancaran sulungnya ‘About A Girl’ bertempat di Zebra Square, Kuala Lumpur.

Dengan tema ‘Dress to Impress’, acara ini dihadiri oleh artis-artis dan influencer dalam bidang fesyen seperti Mira Filzah, Kilafairy, Ruhainies, Leuniey Natasha serta beberapa model fesyen terkenal.

Dalam acara ini, Siti memperkenalkan 20 koleksi rekaan Ready To Wear (RTW) dan Eidul Adha.

Koleksi RTW menampilkan warna-warna berani seperti hitam, merah dan perang.

sitibuhari-01

sitibuhari-02

sitibuhari-03

Manakala, koleksi Eidul Adha menampilkan rekaan kaftan dalam warna-warna pastel serta jubah hitam yang minimalis.

sitibuhari-04

sitibuhari-05

sitibuhari-06

Kisah Di Sebalik Tabir

Syarikat ini ditubuhkan pada April 2016.

Bergerak dalam kumpulan kecil, pada awalnya, pasukan Siti Buhari membuat kajian tentang konsep yang akan dibawa dalam koleksi mereka.

Pasukan Siti Buhari menggunakan pengalaman mereka sebagai pelanggan kepada pereka fesyen terkenal serta mendapatkan khidmat nasihat pereka tempatan untuk mendapatkan idea.

Pasukan ini juga meneruskan pencarian bahan mentah dari dalam dan luar negara di samping membuat penelitian dan penilaian dari sudut harga dan kualiti.

Rita Dato’ Sosilawati, iaitu kakak Siti Dato’ Sosilawati serta CEO Nouvelle Visages berkata, beliau terkejut dan berbangga dengan hasil kerja adiknya yang dipamerkan pada hari pelancaran jenama itu.

Apabila ditanya siapakah sumber inspirasi dalam berbisnes, Siti menjawab, “Ibu saya. Ya, tentulah ibu saya.”

Siti masih ingat lagi, dalam kesibukan ibunya berbisnes, beliau masih lagi sempat memasak untuk anak-anak sebelum ke tempat kerja.

Sebak.

Rancangan Masa Hadapan

Pada masa kini, Siti Dato’ Sosilawati fokus untuk mengukuhkan jenama beliau.

sitibuhari-07

Dalam masa 5 tahun, beliau merancang untuk menubuhkan butik, menambah koleksi serta mengembangkan perniagaan beliau ke Indonesia, Singapura dan Brunei.

Siti juga merancang untuk menambah produk-produk lain seperti tudung, beg tangan dan kasut pada masa hadapan.

Koleksi Siti Buhari

Dijual pada harga kurang daripada RM350, koleksi Siti Buhari boleh mula didapati di Fashion Valet dalam masa beberapa hari lagi.

Ia juga boleh didapati di Vendeur Festival, Johor Bahru mulai esok hari, 9 hingga 11 September ini.

Ikuti Instagram @sitibuhari_ untuk maklumat lanjut.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group