Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Peminat setia penyanyi nombor 1 negara Datuk Seri Siti Nurhaliza pastinya sudah tidak sabar menunggu konsert jelajah penyanyi tersebut selepas kali terakhir mengadakan konsert pada tahun 2015 lalu di Istana Budaya. Bagi mengubati kerinduan peminat, konsert kali ini akan diadakan di 4 buah negara.

Lokasi pertama yang akan menandakan pembukaan siri konsert Siti Nurhaliza On Tour ini akan diadakan di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada 21 Februari 2019. Penyanyi tempatan negara tersebut, Tulus akan turut mewarnai konsert tersebut selaku penyanyi jemputan.

View this post on Instagram

Sekitar sebelum sidang media #sitinurhalizaontour . “DATO' SRI SITI NURHALIZA ON TOUR", "ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan merupakan jelajah berterusan selama 2 tahun. Tiket konsert boleh didapati di www.mytickets.asia mulai 26 December 2018. Untuk maklumat lanjut sila layari www.shirazprojects.com atau hubungi 012 2560082. . INFOMASI KONSERT Tarikh:  21 Februari 2019 Istora Senayan, Jakarta 2 Mac 2019 Singapore Expo, Singapura 16 Mac 2019 Arena Axiata, Kuala Lumpur Harga Tiket: RM1295 (Meet & Greet), 495 (diamond), 355 (Platinum), 255 Gold, 155 (Silver), 105 (Bronze) Tiket: www.myticket.asia Tiket Hotline: 03 8605 0196, 012 3695457 Laman web: www.shirazprojects.com Maklumat Hotline: 012 2560082 Instagram:  @shirazprojects Facebook: Shirazprojects Hashtag:  #SitiNurhalizaOnTour . Artis Management: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. @ctdk Tajaan busana sidang media: Rizman Ruzaini @rizmanruzaini Solekan: Epie Temerloh @epie_temerloh Jurufoto: Kaki Foto @kakifoto_ .

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Konsert kedua akan menemui peminat di tanah air di pada Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 Mac tahun hadapan. Tidak lupa kepada peminat di negara jiran, Singapura yang akan berpeluang menonton persembahan Dato’ Seri Siti Nurhaliza pada 21 Mac 2019 bertempat di Singapore Expo. Datuk Seri Siti Nurhaliza akan kembali beraksi di Royal Albert Hall London pada 22 April 2019. Beliau pertama kali beraksi di pentas tersebut pada 1 April 2005 yang lalu.

Tiket boleh diperoleh dengan harga serendah Rm105,RM155, RM255, RM355 dan RM495. Peminat juga diberi peluang untuk meluangkan masa bersama-sama Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan pembelian tiket bernilai RM1,295. Tiket boleh didapati di laman web MyTicket Asia.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka