Peminat setia penyanyi nombor 1 negara Datuk Seri Siti Nurhaliza pastinya sudah tidak sabar menunggu konsert jelajah penyanyi tersebut selepas kali terakhir mengadakan konsert pada tahun 2015 lalu di Istana Budaya. Bagi mengubati kerinduan peminat, konsert kali ini akan diadakan di 4 buah negara.

Lokasi pertama yang akan menandakan pembukaan siri konsert Siti Nurhaliza On Tour ini akan diadakan di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada 21 Februari 2019. Penyanyi tempatan negara tersebut, Tulus akan turut mewarnai konsert tersebut selaku penyanyi jemputan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Konsert kedua akan menemui peminat di tanah air di pada Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 Mac tahun hadapan. Tidak lupa kepada peminat di negara jiran, Singapura yang akan berpeluang menonton persembahan Dato’ Seri Siti Nurhaliza pada 21 Mac 2019 bertempat di Singapore Expo. Datuk Seri Siti Nurhaliza akan kembali beraksi di Royal Albert Hall London pada 22 April 2019. Beliau pertama kali beraksi di pentas tersebut pada 1 April 2005 yang lalu.

Tiket boleh diperoleh dengan harga serendah Rm105,RM155, RM255, RM355 dan RM495. Peminat juga diberi peluang untuk meluangkan masa bersama-sama Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan pembelian tiket bernilai RM1,295. Tiket boleh didapati di laman web MyTicket Asia.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.