Peminat penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sudah pasti tidak sabar lagi menanti tibanya bulan Oktober untuk menyaksikan persembahan beliau di OzAsia Festival. Menariknya lagi, ini merupakan kemunculan sulung penyanyi tersebut di Adelaide.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Dato’ Siti, setakat ini peminat memberikan respon yang sangat memberansangkan sehingga ramai yang sanggup menyertai konsert tersebut walaupun berlangsung di luar negara.

OzAsia Festival ialah sebuah persembahan berskala besar yang melibatkan pertunjukan kesenian dari rantau Asia yang akan berlangsung selama dua minggu bermula akhir Oktober hingga awal November setiap tahun.

Beliau turut meluahkan rasa syukur atas pemilihan dirinya oleh pihak penganjur dan mengakui rasa berdebar untuk memberikan yang terbaik untuk peminat di Australia. Pastinya keindahan suara penyanyi nombor satu negara ini akan memukau peminat dan penonton di Adelaide nanti.