Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai kemenangan Han Byul di pentas Big Stage 2019. Justeru itu, Penyanyi tersohor tanah air yang juga juri di Big Stage, Dato’ Sri Siti Nurhaliza tampil menjelaskan tentang isu kemenangan peserta yang berasal dari Korea Selatan itu

Menurut Dato’ Sri Siti, dalam pertandingan akan wujud persaingan dan ianya pasti memberi cabaran kepada peserta lain untuk bersaing. Beliau turut berkata kemenenangan Han Byul tidak sepatutnya dipertikaikan kerana bakat setiap peserta dinilai oleh juri tetap dan juga juri jemputan dengan telus.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Beliau menyatakan bahawa baginya muzik itu universal dan semua peserta layak untuk menang tidak kira beliau berasal dari mana pun. “Mengapa buka penyertaan kepada negara luar tetapi hanya mahukan peserta dari negara kita sahaja yang menang? Itu tidak ada persaingan namanya,” ujar beliau ketika ditemu bual selepas tamatnya konsert akhir Big Stage 2019.

Beliau turut berkongsi pengalaman beliau bersama Misha Omar yang pernah bertanding dalam satu pertandingan nyanyian di Shanghai, China dan mereka bertanding bersama dengan peserta tempatan. Tetapi disebabkan juri menilai dengan telus, beliau dan Misha Omar dinobatkan sebagai juara. Jadi dalam hal ini, tidak ada masalah siapa yang menjadi juara, meskipun orang luar sekalipun.

Han Byul telah menewaskan empat peserta lain iaitu Neeta, Adzrin, Irfan dan Dinda Permata yang turut bersaing di peringkat akhir dalam program tersebut.

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda beberapa artikel berkaitan dengan Big Stage 2019 dan artis Korea. Klik pautan di bawah untuk bacaan lebih lanjut. 

Kemenangan Han Byul Di Big Stage 2019 Cetus Pertikaian Netizen

Bergambar Dengan Jennie, Peminat Mahu Kolaborasi Yuna x BLACKPINK Jadi Kenyataan

Anda Mungkin Suka