Pelakon dan juga isteri kepada pelawak terkenal Shuib Sepahtu, Siti Sarah pada semalam memohon maaf atas keterlanjurannya yang dikatakan mempersendakan rambut orang Asli sebelum ini.

Siti Sarah dalam satu video tular bersama Ridz Okumura mencetuskan rasa kurang senang netizen dengan promosi produk yang dilakukannya dalam video tersebut apabila menggunakan contoh rambut Orang Asli.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

6f088709-3483-42fd-970e-b03cd8a8acc7

“Saya dengan rendah hati menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat Orang Asli.

““Saya amat berharap permohonan maaf saya ini diterima kerana ianya bukanlah sesuatu yang disengajakan.

“Tidak pernah terlintas langsung dihati saya untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, malah menghormati seluruh masyarakat di Malaysia.

“Lebih dua dekad berada dalam industri seni tanah air, saya sangat mementingkan etika dalam setiap perkara yang saya lakukan termasuklah setiap posting yang ingin dimuat naik di media sosial. Saya percaya segala perbuatan akan menjadi perhatian masyarakat,” katanya seperti dipetik Astro Gempak.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai video tular tersebut, Siti Sarah berkata beliau juga telah menerima permohonan maaf daripada Ridz kerana telah menularkan video tersebut tanpa mendapat keizinannya terlebih dahulu.

Mengakui kejadian tular itu menjejaskan reputasinya yang kini bergelar usahawan, Siti Sarah juga berharap ianya tidak lagi diperbesarkan dan permohonan maaf ini juga akan menjadi kenyataan yang terakhir darinya mengenai perkara itu.

“Sememangnya insiden yang tercetus, sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai selebriti dan usahawan.

“Saya mohon isu ini tidak akan diperbesarkan lagi dan kenyataan ini akan menjadi yang pertama dan terakhir dari saya,” katanya.

Baca juga reaksi daripada Azhar Sulaiman yang kami kongsikan sebelum ini apabila ada netizen yang mempersoalkan agama anaknya di pautan di bawah. 

Persoal Agama Anak, Azhar Sulaiman Jawab Komen ‘Pedas’ Netizen Dengan Tenang

Walaupun Nama Pernah ‘Dihancurkan’, Mamat Sepah Akui Sudah Ampunkan Jep Dan Shuib

Peminat Bidas Shuib Sepahtu Bangga Jadi Pencetus Fenomena Ubahsuai ‘Ysuku’

Anda Mungkin Suka