Perang, krisis ekonomi, kesihatan telah memberi kesan kepada krisis makanan global dalam beberapa tahun terakhir. Bagi bekas pengacara Top Gear Jeremy Clarkson, beliau membayangkan bahawa situasi kanibalisme bakal terjadi di masa hadapan jika krisis makanan terus menghantui dunia.

Dunia yang sedang menghadapi inflasi disebabkan perang yang terjadi di Ukraine telah memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan. Gabenor Bank England, Andrew Bailey sebelum ini turut memberi amaran bahawa dunia harus bersiap sedia untuk kenaikan harga makanan yang teruk.

Beliau berkata, “Itu adalah kebimbangan utama, dan ia bukan hanya kebimbangan utama bagi negara ini, ia juga kebimbangan utama bagi dunia membangun. Maaf kerana menjadi apokaliptik, tetapi itu adalah kebimbangan utama.”

Dalam laporam The Sunday Times, Clarkson menggariskan kebimbangannya bahawa kita boleh menuju ke masa depan seperti Hunger Games kerana krisis yang berterusan di Ukraine. Beliau merasakan bahawa dunia kini sedang tergelincir dalam satu masalah sama yang boleh membawa kepada krisis kelaparan dan kematian.

Harga bijirin, minyak masak, bahan api dan baja global meningkat tinggi, dengan Ukraine pengeksport utama jagung, barli, minyak bunga matahari dan minyak sawi, manakala Rusia dan Belarus menyumbang lebih daripada 40 peratus nutrien tanaman dunia.

Ini bermakna petani akan menghadapi masalah kekurangan bahan dan seterusnya menghasilkan makanan yang kurang.

Fakta itu membuatkan Clarkson risau dan takut.

Beliau meneruskan dalam kolumnya, “Ahli politik mengatakan mereka ‘memantau keadaan’, yang bermaksud mereka tidak melakukan apa-apa, tetapi suatu hari nanti mereka perlu berbuat demikian kerana walaupun orang boleh hidup tanpa panas atau pakaian atau seks, mereka tidak boleh hidup tanpa makanan. Kelaparan boleh menyebabkan orang memakan jiran mereka.”

Bagi pemerhati, Clarkson tidak salah dalam meramalkan situasi bencana. Negara-negara seperti Lubnan dan Mesir telah pun dilanda kegawatan sosial dan politik kerana pergantungan mereka kepada tanaman di Ukraine.

The Guardian melaporkan hampir 40 negara bergantung kepada Rusia dan Ukraine untuk separuh daripada import gandum mereka, dengan beberapa negara tersebut, seperti Syria, Yaman, dan Somalia antara yang paling terdedah di dunia.

Mafia ambil kesempatan tawar makanan dan pinjaman tanpa faedah untuk rakyat Itali. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Mafia Ambil Kesempatan, Tawar Makanan Dan Pinjaman Tanpa Faedah Untuk Rakyat Itali

Mengapa Nestlé Terpaksa Gantung Jualan Milo Di Jepun Sehingga Mac 2021

‘Mencuri Kerana Lapar Bukan Jenayah’, Hakim Itali Bebaskan Gelandangan