Dalam menghadapi bencana penularan wabak Covid-19, mereka yang berada di barisan paling hadapan seperti doktor dan petugas-petugas kesihatan adalah mereka yang paling arif untuk bercerita mengenai situasi sebenar yang berlaku di luar sana.

Jadi tidak hairanlah jika perkongsian oleh salah seorang dari mereka yang berada di khemah saringan wabak Covid 19 baru-baru ini menarik begitu banyak sekali perhatian netizen.

Posted by Ferwahn Fairis on Friday, 6 March 2020

Melalui satu perkongsian bertajuk ‘Our Battle Against Covid-19’ yang dibuat oleh Ferwahn Fairis di Facebook, beliau menceritakan dengan penuh teliti situasi mereka yang bertugas di barisan paling hadapan ketika ini.

Bukan saja tidak sempat untuk menjamah makanan ketika bertugas malah mereka juga bekerja sehingga 12 jam sehari disebabkan jumlah ‘pool’ kumpulan doktor telah dilatih agak kecil untuk ketika ini.

Posted by Ferwahn Fairis on Friday, 6 March 2020

Beliau bagaimanapun menjelaskan jumlah mereka akan bertambah dari 26 hingga lebih 40 orang setelah mereka melengkapkan modul latihan yang telah ditetapkan.

Bercerita lanjut tentang bagaimana mereka menjalankan tugas, Ferwahn memberitahu mereka perlu mengambil masa sehingga 45 minit untuk menyaring setiap pesakit yang mendapatkan rawatan.

Posted by Ferwahn Fairis on Friday, 6 March 2020

“Petugas perlu menyalin PPE mereka (personal protective equipment seperti mask, double gloves, face shield, apron, etc) untuk setiap pesakit yg disaring.

“Manakala, pemakaian dan penanggalan PPE pula perlu dilakukan dengan ‘sequence’ yang tertib untuk mengelakkan petugas tersentuh atau menghidu Droplet covid19 yang berpotensi terlekat pada PPE mereka,” kongsinya.

Pemakaian PFE yang berlapis-lapis itu menurutnya juga menyebabkan petugas mereka terdedah kepada heat stress kerana suhu di dalam khemah tersebut boleh mencecah 33 hingga 35 darjah celcius.

“Menyedari ini, pihak pengurusan sedang bertungkus lumus mencari portable A/C untuk diletakkan di khemah.

“Namun ianya perlu diletak di lokasi yg betul untuk mengelakkan potensi ‘Droplet‘ dari PUI covid19 dari merebak ke kawasan sekeliling,” kongsinya.

Beliau pada masa sama menjelaskan ruang saringan ini juga perlu dipisahkan daripada ruang klinikal jabatan kecemasan ataupun Emergency Department.

Posted by Ferwahn Fairis on Friday, 6 March 2020

Menurutnya, ini adalah bagi mengelakkan pesakit rutin kecemasan bercampur dengan Person Under Investigation dan seterusnya mengehadkan penularan wabak Covid-19 di jabatan kecemasan.

“Dan kita perlu faham yang jabatan kecemasan kami tetap menerima kes kecemasan seperti biasa (statistik 2017 menunjukkan sejumlah 130, 000 pesakit menerima rawatan di ED).

“Maka diatas sebab ini, dan juga akibat kekangan ruang, lokasi khemah saring terpaksa diletakkan di luar ED berdekatan dengan bilik dekontaminasi,” jelasnya.

Di penghujung kirimannya itu, beliau juga berharap agar  perkongsian yang dibuatnya itu dapat membantu masyarakat memahami situasi dan keadaan sebenar yang berlaku di khemah saringan Covid-19 di hospital-hospital sekitar Lembah Klang.

“Begitulah pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pasukan petugas kami.Beban kerja yang tinggi, waktu bekerja yang panjang, dan persekitaran tempat kerja yang tidak ideal.

“Inilah pengorbanan yg terpaksa dilakukan demi menjaga kesejahteraan dan kesihatan kita semua,” jelasnya.

OUR BATTLE AGAINST COVID19"Dah makan dah?" tanya kami kepada salah seorang doktor petugas di khemah saringan wabak…

Posted by Ferwahn Fairis on Friday, 6 March 2020

Pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 sebenarnya mempunyai peluang cerah untuk sembuh. Malah kami juga pernah berkongsi sebelum ini bagaimana puluhan ribu pesakit terselamat daripada wabak pembunuh itu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dalam Pada Ketakutan Pakar, Lebih 50,000 Pesakit COVID-19 Berjaya Dipulihkan

Dakwaan Ikan Singgang Sembuhkan COVID-19, Ini Penjelasan Sebenar Pensyarah UMT

Agamawan Indonesia Percaya Ruqyah Mampu Sembuhkan Pesakit Coronavirus

Anda Mungkin Suka