Dua hari lalu, dunia dikejutkan dengan skandal terbesar yang melibatkan beberapa pemimpin dunia yang dikenali sebagai ‘Panama Papers’. Jadi apa sebenarnya skandal Panama Papers ini?

Firma guaman dari Panama, Mossack Fonseca adalah firma yang bertanggungjawab dan mahir dalam membantu individu atau syarikat antarabangsa untuk mewujudkan shell companies, bertujuan untuk menyimpan dan menjaga aset kewangan mereka. Individu dari Mossack Fonseca sendiri yang mendedahkan data ini kepada International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) untuk melaporkan berkenaan beberapa individu terkenal dunia yang mempunyai syarikat luar negara dan menjalankan urusan keewangan sulit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

panama_papers_iceland_rtr_img

Menurut ICIJ, ia adalah dokumen dalam bentuk data yang mendedahkan 12 bekas dan pemimpin dunia yang mempunyai hubungan dengan syarikat yang beroperasi di luar negara pimpinan mereka. Vladimir Putin secara diam mempunyai aset USD2 billion disimpan di dalam bank dan syarikat luar negara miliknya.

Pendedahan ini juga merangkumi 128 politicians dan public figure dari seluruh dunia. Berapa besar data yang berjaya didedahkan? Sejumlah 2.6TB data dokumen berkenaan korupsi dan cukai. Dokumen yang didedahkan oleh Panama Papers ini adalah lebih banyak daripada apa yang Edward Snowden dedahkan pada tahun 2013.

Jadi apa sebenarnya kesalahan mereka ini? Bagi memudahkan kita semua memahami skandal Panama Papers ini, DanGLiesack dan Vox menerangkan skandal ini dalam bentuk kartun.

1. Katakan anda menyimpan wang dalam tabung di bilik anda.

Panama_panel1 (1)

2. Tetapi ibu anda sering memeriksa berapa yang anda masukkan dan bawa keluar dari tabung itu. Anda tidak suka perkara itu.

Panama_panel2

3. Jadi anda beli satu tabung baru.

Panama_panel3f.0

4. Dan bawanya ke rumah rakan anda, Johnny.

Panama_panel4

5. Emak Johnny sibuk dan beliau tidak ada masa untuk memeriksa tabung anda. Jadi anda boleh menabung tanpa ada orang kacau.

Panama_panel5

6. Kanak-kanak lain di kejiranan anda merasakan ianya satu perkara yang bijak.

Panama_panel6

7. Jadi mereka semua turut meletakkan tabung mereka di bilik Johnny.

Panama_panel7

8. Tetapi satu hari, emak Johnny akhirnya tahu berkenaan tabung-tabung itu.

Panama_panel9f.0

9. Beliau marah dan membuat panggilan ke semua ibu bapa kepada budak yang menyimpan tabung di bilik Johnny.

Panama_panel10

10. Tidak semua yang menabung itu membuat kesalahan. Contohnya, anda hanya mahu privasi dari emak anda sahaja pada mulanya.

Panama_panel11

11. Akhirnya kegiatan anda terbongkar juga.

Panama_panel12 (1)

Diadaptasikan kes ini kepada Panama Papers, ramai individu yang berkuasa menyimpan tabung di rumah Johnny di Panama. Anda mungkin tidak bersalah dalam soal ini. Tetapi rakan anda, Michael mencuri wang ibunya dan memasukkannya ke dalam tabung di rumah Johnny. Jacob pula mengambil duit poket pelajar lain dan menyimpannya di rumah Johnny supaya ibunya tidak tahu.

Wartawan seluruh dunia sedang membaca Panama Papers untuk lebih mengetahui tentang aktiviti yang berlaku di rumah Johnny di Panama; sama ada segala urusan itu legal atau melanggar undang-undang tetapi mereka tetap akan menghadapi masalah kerana memiliki tabung rahsia adalah perbuatan yang salah.

Buat masa ini, Perdana Menteri Iceland, Sigmundur Gunnlaugsson telah meletak jawatan selepas namanya dikaitkan dengan skandal Panama Papers ini. Pemimpin lain seperti Vladimir Putin, Perdana Menteri Pakistan, Raja Arab Saudi dan Presiden Azerbaijan yang turut dikaitkan dalam skandal ini masih belum membuat kenyataan balas.

Ada yang menyatakan ini adalah agenda Amerika untuk melemahkan dan memburukkan nama pemimpin-pemimpin dunia ini. Jadi kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan terbaru tentang skandal ini.