Skechers, The Comfort Technology Company™, dan peneraju global dalam gaya hidup melancarkan koleksi Foamies baharunya yang menampilkan reka bentuk Pokémon.

Diiktiraf sebagai siri anime dan permainan terbaik di peringkat global, Koleksi Foamies Pokémon Skechers ini merupakan yang pertama dan disediakan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Koleksi lelaki dan wanita kini sudah tersedia di pasaran, manakala koleksi kanak-kanak akan dilancarkan pada bulan Oktober ini.

Baca Juga:

Bercakap kepada media, Zann Lee, Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara meluahkan rasa gembira dengan pelancaran reka bentuk terbaharu Skechers. Tambah beliau lagi, reka bentuk ikonik dengan karakter Pokemon sudah pastinya akan mengembalikan nostalgia kepada para pelanggan.

“Dengan reka bentuk klasik Foamies yang tersendiri, rangkaian ini juga mengembalikan rasa nostalgia bagi mereka yang membesar dengan menonton siri Pokémon,” katanya.

Pokémon Foamies Skechers – Dapatkan Segera!

Reka bentuk terbaharu Skechers GOwalk 5™ Foamies ini akan mengembalikan nostalgia di kalangan pengguna dengan warna yang unik dan imej comel Pokémon yang digemari ramai seperti Pikachu, Jigglypuff, Eevee, Snorlax dan Charizard.

Hadiah Percuma Untuk Anda!

Beli mana-mana dua item daripada koleksi Pokémon oleh Skechers di gerai rasmi Skechers, dan anda akan mendapat Dry Bag Pokémon secara percuma. Beg ini sangat sesuai buat anda yang sukakan aktiviti lasak.

Koleksi Foamies Pokémon Skechers untuk lelaki dan wanita kini boleh didapati di www.skechers.com.my, Lazada, Shopee, serta kedai Skechers berikut: Pusat Beli-belah Skechers 1Utama, Suria KLCC, Pavilion KL, Pavilion Bukit Jalil, Mitsui Shopping Park Lalaport BBCC dan banyak lagi.

Koleksi kanak-kanak akan dilancarkan pada bulan Oktober melalui saluran runcit yang sama.