Skechers tampil dengan iklan edisi Ahad The New York Times menyindir Nike berikutan satu kemalangan yang melibatkan pemain bola keranjang dari Universiti Duke, Zion Williamson yang tercedera semasa beraksi selepas kasut jenama Nike yang dipakainya koyak.

https://www.youtube.com/watch?v=Tf0bCdoVD7o

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hal yang demikian menjadi tarikan umum apabila jenama besar Nike yang dikhabarkan memiliki kualiti kasut terbaik terlibat dengan insiden sedemikian. Model yang digunakan oleh Zion ketika itu adalah model kasut bola keranjang PG 2.5.

Jika dilihat pada iklan yang dilancarkan oleh Skechers ini, mereka tampil menunjukkan sepasang kasut mirip model Nike PG 2.5 dengan keadaan kasut berkenaan terkoyak. Malah, dalam iklan tersebut, slogan ‘Just Blew It’ digunakan bagi menggantikan slogan Nike ‘Just Do It’.

Ianya satu marketing yang ‘nakal’ daripada Skechers. Adakah anda bersetuju kualiti kasut Nike semakin teruk jika dibandingkan dengan jenama kasut yang lain?