Selepas kalah kepada isu model Stan Smith baru-baru ini, Skechers pula mahu menyaman adidas.

Ini berikutan isu pemain bola keranjang remaja NCAA yang menurut Skechers, adidas merasuah pemain untuk membuat promosi tidak adil dan false advertising. Menurut pihak Skechers, adidas secara senyap memberi bayaran kepada pemain sekolah tinggi dan kolej untuk menyarung produk adidas.

IMG_2966
HYPE
Jenama Qaysaa Jelajah Sepanyol, Pink La Muralla Roja Jadi Pilihan ‘Photoshoot’ Raya 2020
Baca lagi →

Skechers beranggapan cara ini tidak sepatutnya berlaku serta menghalang jenama-jenama lain untuk bersaing secara sihat. Ianya sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada adidas untuk menjadi jenama yang popular di kalangan pelajar sekolah tinggi dan kolej.

Dalam saman Skechers, mereka menuntut sejumlah wang kerana kekurangan jualan serta kerugian akibat perlu membuat lebih iklan dan pemasaran. Wakil daripada adidas pula beranggapan tuduhan ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Kes ini akan disebut di mahkamah New York pada bulan Oktober.

Anda Mungkin Suka